Siakap Keli

Pernah Disaman Dan Diisytihar Muflis, Ini Luahan Disebalik Tawa Kartunis Ujang Yang Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.
[Penafian : Ada nama-nama yang tidak didedahkan atas sebab-sebab tertentu]

Mereka yang lahir dalam era 90 an pastinya tahu tentang sebuah majalah kartun humor yang terkenal ketika itu, Ujang. Waktu itu, majalah inilah yang menjadi penghibur dan teman ketawa, setiap bulan pastinya kita akan ternanti-nanti edisi majalah keluaran terbaru.

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa majalah ini mula ‘dilahirkan’ oleh seorang kartunis, Ibrahim Anon atau lebih dikenali dengan nama penanya Ujang pada tahun 1993. Dan majalah tersebut ternyata menjadi medium kepada beberapa orang kartunis untuk ‘mencorakkan masa depan’ dunia lukisan kartun di negara ini.

Mereka yang lebih suka menggunakan nama pena dari pelbagai jenis buah mahupun sayur Lengkuas, Petai, Kobis Bunga, Ciku dan beberapa kartunis lain. Nama dan karya mereka pastinya merupakan antara memori termanis untuk kita ketika itu, malah masih segar diingatan moto ‘Majalah Lawak Antarabangsa’ yang digunakan oleh syarikat penerbitan ini.

Bahkan, kita masih boleh ‘terbayang-bayang’ lawak yang dipersembahkan oleh karakter-karakter seperti Pak Din, Pak Kordi, Mat Despatch mahupun Tok Moh, lagenda!

Majalah Ujang Keluaran Tahun 1994 & 1997 (Gambar : Arkib Negara)

Beberapa hari ini hangat diperkatakan tentang isu berkaitan dengan penerbitan semula majalah Ujang ini. Oleh itu, pihak Siakap Keli menghubungi sendiri Ibrahim Anon untuk bertanya dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.

Luahan Si Pena Lagenda, Ujang

Sepatutnya perjanjian dengan syarikat penerbitan 1 ketika itu adalah saya dapat memegang 30% profit sharing dari keuntungan majalah Ujang dan produk-produk yang di hasilkan bawah produksi Ujang. Sekiranya majalah tidak di terbitkan lagi atau di berhentikan penerbitan maka ip majalah ujang tersebut di kembalikan pada saya.

Tapi setelah majalah tersebut tidak dapat di terbitkan kerana hutang yang banyak dengan sebuah syarikat (pekerja dah 2 bulan tak dapat gaji ketika itu), Chairman buat pengumuman di pejabat depan semua staff dengan menyatakan:

“Hari ini kita winding up company (tutup syarikat)”

Saya tanya pada semua staff sama ada masing-masing mahu bawak hal sendiri atau masih mahu saya menerajui syarikat dan menerbitkan majalah. Semua bersetuju saya terus menerajui syarikat. maka saya collect deposit dari agen, pengedar dan dapat RM 280,000 untuk bayar gaji semua pekerja dan pindahkan mereka ke pejabat baru di Selayang.

Ramai Tertanya-tanya Ketika Ini Kenapa Penerbitan Ujang Diberhentikan Seketika

Dari situ saya terbitkan majalah Varia Lawak dengan kesemua pekerja yang dulunya bawah syarikat penerbitan lama yang setia bersama saya dan bekerja bawah syarikat saya sendiri iaitu Multi triple vision (MTV Sdn Bhd). Saya tidak menerbitkan Ujang kerana ketika itu masih ada konflik hutang dengan printing yang di uruskan oleh mereka (syarikat penerbitan lama).

Majalah Varia Lawak (Gambar : Arkib Negara)

Pernah Disaman Dan Dituduh Sabotaj Syarikat Lama Sehingga Diisytiharkan Muflis

Tapi ketika saya sedang menerbitkan majalah Varia Lawak. Tiba-tiba syarikat penerbitan baru ditubuhkan dan saya terima surat saman dari syarikat penerbitan lama dengan pelbagai tuduhan, antaranya di tuduh sabotaj company, sedangkan chairman dah umumkan pada semua kompeni terpaksa di tutup dan tidak boleh lagi beroperasi.

Sayrikat penerbitan baru kemudian menerbitkan semula majalah Ujang dan menarik pekerja-pekerja saya sedikit demi sedikit dengan pelbagai offer di belakang saya. Seorang demi seorang kartunis berpindah. Namun masih ada beberapa kartunis yang masih setia dengan saya menerbitkan varia lawak.

Ketika di saman, saya menukar nama majalah Varia Lawak kepada nama majalah Lanun. Dan sepanjang sepanjang masa saya di hujani surat saman dan court injunction atas pelbagai alasan yang di cipta mengakibatkan saya tidak dapat beroperasi dgn baik. Akhirnya tahun 2000 saya di istiharkan muflis.

Dan sehingga kini tahun 2019, saya masih tidak menerima 30% profit sharing tersebut dan sekali gus hak majalah Ujang juga tidak di kembalikan. Perkembangan terbaru saya, saya sekarang menjalankan perniagaan sewa houseboat di Tasik Kenyir Terengganu.

Nota : Syarikat penerbitan lama (1), syarikat penerbitan baru (2)

Sumber : Ibrahim Ujang Anon

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.