Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Leicester Mercury/YouTube)

(Video)Dua Terkorban, 17 Lagi Cedera Ditikam Dalam Satu Serangan Di Sebuah Sekolah

Seorang lelaki telah bertindak kejam apabila menikam sekumpulan kanak-kanak sekolah berusia dalam lingkungan 6 hingga 12 tahun dengan pisau di Tokyo baru-baru ini.

Semasa kejadian itu, sekumpulan 18 orang kanak-kanak itu sedang beratur untuk menaiki bas sekolah mereka sebelum diserang oleh lelaki berkenaan dengan menggunakan dua belah pisau dan mengakibat seorang daripada mereka maut. Mangsa dikatakan seorang pelajar perempuan berumur 11 tahun.

Selain kanak-kanak berkenaan, dua orang dewasa turut menjadi mangsa serangan di mana mangsa lelaki berusia 39 tahun mati ditikam manakala seorang lagi mangsa wanita perempuan berumur 40-an cedera parah.

Selepas menyerang mangsa, suspek lelaki berusia 50-an berkenaan telah bertindak membunuh diri dengan menikam dirinya sendiri dibahagian leher. Bagaimanapun, motif serangan masih lagi belum diketahui.

Menurut kenyataan saksi, beliau mendengar jeritan kanak-kanak tersebut sebelum melihat suspek menuju ke arah mereka sambil berkata “Saya akan bunuh kamu semua”.

Seorang lagi saksi memberitahu, beliau berasa trauma dan sayu apabila mengenang semula kejadian di mana beliau mendengar kanak-kanak tersebut menjerit ketakutan dan ada yang menangis sambil memanggil “ibu..ibu..”.

Wakil daripada pihak sekolah dalam pada itu menyatakan mereka sangat terkejut dengan kejadian ini.

Pengetua sekolah, Sadako Naito memberitahu bahawa kanak-kanak perempuan yang terkorban adalah seorang yang ceria serta sering mengucapkan selamat pagi kepada para guru dan kehilangannya pasti dirasai.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan daripada pihak ibu bapa kepada mangsa yang terlibat berjaya diperolehi kerana pihak sekolah didakwa meminta mereka untuk tidak bercakap kepada media.

Sumber: Washington Post

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi