Siakap Keli

(Video)”Golden Buzzer”, Persembahan Hebat Lelaki Buta Dan Autism Ini Buat Juri America’s Got Talent Menangis

Autisme bukanlah satu kekurangan, tetapi satu keunikan yang perlu diraikan. Ramai individu autistik yang memiliki kelebihan luar biasa berbanding orang lain seperti Albert Einstein dan Susan Boyle.

Tugas ahli keluarga yang mempunyai anak autisme amat berat dalam menguruskan anak tersebut serta membetulkan stigma masyarakat dalam menilai golongan istimewa ini. Oleh itu, sebagai ahli masyarakat, kita sepatutnya sama-sama memahami dan bersikap empati terhadap golongan ini.

Baru-baru ini, tular video seorang peserta istimewa yang berjaya mendapat Golden Buzzer dari juri rancangan America’s Got Talent dan mencuri perhatian penonton dengan bakatnya yang luar biasa.

Kredit: Perez Hilton.

Kodi Lee, 22 mengalami autisme dan masalah penglihatan dilihat menaiki pentas menggunakan tongkat sambil dipimpin ibunya, Tina Lee.

Seawal memperkenalkan diri lagi, Kodi menarik perhatian semua orang dengan keceriaan yang ditunjukkannya ketika menjawab soalan juri.

Ketika ditanya juri, Tina menjelaskan anaknya sangat menyukai muzik.

“Kodi mengalami masalah penglihatan dan autistik. Dia sukakan muzik. Apabila dia mendengar muzik, dia akan menjadi teruja dan mula menyanyi. Ketika itu saya sedar dia seorang penghibur,” kata Tina.

“Melalui muzik, dia dapat bertahan untuk meneruskan hidup dalam dunia ini kerana apabila anda seorang yang autistik, sukar bagi anda untuk melakukan apa yang dilakukan oleh orang lain. Muzik menyelamatkan hidupnya,” tambahnya lagi.

Penuh perasaan.

Sangat mengagumkan!

“I’m readyy!” ujar Kodi penuh bersemangat sebelum dipimpin ibunya menuju ke piano yang disediakan di atas pentas.

Ketika jarinya mencapai kekunci piano dan dia mula menyanyikan lagu ‘A Song For You’ oleh Donny Hathaway, Kodi membuatkan juri dan penonton terkesima.

Para juri terkedu melihat persembahan pemuda istimewa itu.
Para penonton berdiri dan menunjukkan kekaguman terhadap bakat Kodi setelah tamat nyanyian.

Komen Juri

“Pertama-tamanya, saya ingin awak tahu, keempat-empat juri dan semua orang di sini bangun untuk awak. Awak patut tahu itu.”

“Awak sangat bagus. Bukan sahaja kami boleh rasakan keaslian persembahan awak, tetapi awak merupakan inspirasi dan bakat yang hebat,” ujar Howie Mandel sebagai juri yang pertama memberi komen.

“Saya dapat rasakan hati dan semangat awak. Suara awak memberi kesan kepada kami semua. Jadi saya hanya ingin katakan saya dengar dan saya faham awak. Persembahan tadi sangat indah,” kata Julianne Hough.

“Apa yang berlaku tadi luar biasa. Amat luar biasa.” – Simon Cowell.

“Suara awak sungguh hebat. Awak mempunyai nada yang baik. Terima kasih kerana mempercayai kami dalam rancangan ini. Saya akan mengingati detik ini sepanjang hidup saya,” ujar Simon Cowell, juri merangkap penerbit program.

Sementara itu, juri terakhir, Gabrielle Union pula berkata,

“Saya juri yang baru, dan pada tahun ini baru menjadi seorang ibu. Ia tugas yang paling mencabar dan bermakna saya pernah ada. Awak (sebagai ibu) pasti ingin memberi bulan, bintang dan pelangi kepada si anak.

“Malam ini, saya akan berikan sesuatu yang istimewa untuk awak,” kata Gabrielle sebelum menekan buzzer yang menandakan Kodi layak untuk meneruskan perjalanannya ke peringkat akhir di Hollywood.

Bikin menangis

Persembahan Kodi yang tulus bukan sahaja membuatkan penonton di studio tersentuh, malah warga maya turut terkesan dengan nyanyiannya.

Pemuda berbakat yang hebat! Suaranya membuatkan anda menangis. Awak layak mendapatkan nasib baik di dunia ini.”

“Anak muda ini merupakan inspirasi. Kekuatan dan keberaniannya tak ramai yang mampu miliki.” – Michele Ferrari

“Wow dia sangat hebat! Moga tuhan rahmati Kodi dengan segala rahmat-Nya. Terima kasih si ibu untuk anak yang hebat ini. Terima kasih kerana kongsikan video indah ini. Ia amat bermakna dan mengingatkan ramai orang bahawa mereka boleh lakukan apa sahaja untuk mencapai impian.” – Constance Weston

“Ini menunjukkan betapa golongan autistik mempunyai bakat tersendiri. Cemerlang. Sungguh fenomenal. Saya kagum dengan kemampuannya. Sebarkan ia agar setiap orang dapat melihat keindahannya. #autismawareness.” – Kyle Tarleton.

“Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak autistik, persembahan ini membuatkan saya menangis. Sungguh hebat!!!” kata Melinda Behunin Barlog.

“Ini ujibakat paling luar biasa saya pernah lihat. Saya terkedu.” – Lisa Dawn Fraser.

“Kesimpulannya, jangan mengalah walau apa pun ujian hidup.” – John Pierson.

Sumber: Perez Hilton

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.