Siakap Keli
Gambar: Swissinfo.ch

WHO Kelaskan Penggemar Permainan Video Di Bawah Ciri-Ciri Masalah Mental

Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan ketagihan bermain permainan video berinteraktif sebagai masalah mental.

WHO juga turut mengklasifikasikan bahawa ketagihan bermain permainan video yang semakin popular pada masa kini seperti yang terdapat dalam internet juga merupakan salah satu masalah mental.

Gambar: YugaTech

Ketagihan kepada permainan video boleh dikenal pasti dengan melihat ‘corak tingkah laku seseorang penggemar permainan video itu  dengan cara seseorang itu mengawal dirinya daripada bermain permainan video, memberi keutamaan yang lebih terhadap permainan video berbanding aktiviti lain sehinggakan ianya selalu diutamakan yang mengatasi minat dan aktiviti harian lain.’

Ciri-ciri seseorang yang didiagnos dengan masalah ketagihan bermain permainan video adalah seperti berikut:

Gambar: conniejakab.com
  1. Mengalami kemerosotan yang ketara dari aspek pengurusan diri, perhubungan dengan keluarga, kurang bersosial, kemerosotan dalam pembelajaran, pekerjaan, serta benda-benda lain yang penting.
  2. Telah mengalami kemerosotan ini selama 12 bulan

WHO menasihatkan penggemar permainan video supaya berhati-hati dengan masa yang dihabiskan untuk bermain permainan video, terutamanya jika ianya bakal menjejaskan aktiviti harian yang lain.

Mereka seharusnya sedar akan perubahan yang terjadi daripada segi fizikal mahupun mental dan fungsi sosial yang boleh didorong akibat daripada bermain permainan video ini.

Sumber: Daily Mail 

Aqmal Ezany

I write what is right