Siakap Keli

“Beliau Datang Ke Masjid Berguling,” Video Insan OKU Tunai Tuntutan Allah Undang Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Aku datang dengan kereta, dia datang ke masjid dengan berguling..”

Setiap insan sudah ditentukan dengan nasib yang berbeza-beza. Ada yang dilahirkan serba sempurna anggota fizikalnya malah ada juga yang kurang berupaya.

Namun, sekiranya golongan kurang upaya yang tidak mampu berjalan sanggup berguling ke masjid untuk menunaikan ibadah, bagaimana pula individu dilahirkan dengan sempurna fizikalnya?

Baru-baru ini, perkongsian satu video oleh individu dikenali sebagai Nasrul Mohamad di laman Facebook ternyata mengundang sebak orang ramai.

Beliau datang ke masjid dengan berguling, aku datang dengan mobil.

Allahuakbar.

Rakaman video tersebut menyaksikan seorang individu berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) berguling di dalam sebuah masjid untuk menunaikan solat.

Berbuka puasa kali ini amat membuka naluri & perasaanku…

Difahamkan video tersebut telah dirakam di dalam Masjid Kubang Kerian, Kota Bahru Kelatan. Walaupun dalam keadaan tidak sempurna, namun individu terbabit masih gagah menyempurnakan tanggungjawabnya kepada Ilahi.

Siaran video berkenaan juga telah mengundang sebak netizen yang rata-rata memuji serta mendoakan agar Allah SWT memudahkan kehidupan lelaki OKU dalam video tersebut.

Sumber: Nasrul Mohamed

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"