Siakap Keli
Foto: Kid Discover

Bila Musim Hujan, Kenapa Kita Nampak Kilat Dahulu Baru Dengar Bunyi Guruh? Ini Jawapannya

Hampir semua orang tahu bahawa cahaya bergerak lebih pantas berbanding bunyi. Namun, sepantas manakah cahaya berbanding kelajuan bunyi? Berapa lama perbezaan masa untuk cahaya dan bunyi sampai ke bumi?

Kelajuan cahaya dan bunyi mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Cahaya bergerak pada kelajuan 299,338 meter per saat manakala bunyi bergerak 343 meter per saat.

Ini bermakna jika anda mengelilingi bumi pada kelajuan cahaya, anda hanya memerlukan 0.134 saat manakala pada kelajuan bunyi, anda memerlukan 32 jam untuk jarak perjalanan yang sama.

Selain itu, kepanasan kilat yang mampu mencecah 29,982 darjah celcius (5 kali lebih panas berbanding permukaan matahari) menyebabkan udara di sekeliling panahan petir tersebut berkembang lebih cepat berbanding penyebaran bunyi. Hal ini menyebabkan ledakan sonik atau guruh berlaku.

Berapa jauh petir menyambar dari lokasi anda berada?

Jika anda ingin menganggarkan jarak kedudukan anda dengan tempat yang dipanah petir, kira jurang masa antara cahaya dan dentuman guruh.

Setiap tiga saat jurang masa antara cahaya dengan bunyi bersamaan satu kilometer petir menyambar dari tempat anda berada.

Sumber: Quora

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.