Siakap Keli

Cemas, Cermin Pesawat Retak Seribu ‘Disimbah’ Hujan Batu

Kapal terbang merupakan salah satu medium pengangkutan bagi membawa penumpang dari satu destinasi ke satu destinasi. Kapal terbang sudah pastinya dibina dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Perkara ini adalah kerana kapal terbang bergerak di udara dengan pelbagai risiko yang boleh membahayakan ratusan penumpang.

Namun begitu, walaupun kapal terbang telah dibina bersama ciri-ciri keselamatan, kemungkinan lain yang berlaku tidak akan dapat dikenal pasti. Itulah yang terjadi kepada salah satu pesawat China Southern Airlines.

Ketika dalam penerbangan, pesawat itu ‘disimbahi’ hujan batu sehingga menyebabkan cermin hadapan di bahagian juruterbang mengalami keretakan. Lantaran itu, Kapten He Xianghang telah membuat panggilan kepada pusat kawalan bagi mengendalikan kawalan lalu lintas di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital dan memaklumkan kerosakan tersebut.

Pesawat Airbus A380-800 seterusnya dibenarkan untuk mendarat di ibu negara China pada pukul 11.40 pagi waktu tempatan. Kesan daripada itu, pesawat tersebut mengalami kerosakan pada bahagian cermin dan bahagian muncung hadapan pesawat.

Menurut syarikat penerbangan itu, tiada kecederaan yang dialami oleh juruterbang, krew kapal dan penumpang ketika kejadian itu berlaku.

Walau bagaimanapun, beberapa orang penumpang dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.

Menurut penumpang yang terbabit, mereka menganggap kejadian tersebut seperti menaiki ‘roller coaster’.

Sumber: Mirror.co.uk

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa