Siakap Keli

Dicium Dan Digomol Sampai Dijangkiti Kuman, Ayah Kongsi Kisah Anak Meninggal Dunia 2 Syawal Tahun Lalu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dikurniakan cahaya mata adalah satu anugerah terindah bagi pasangan suami isteri. Kehadiran anak itu ibarat memberi penyeri untuk sebuah keluarga, tambah-tambah lagi bila tibanya hari Raya berkumpul dengan orang ramai.

Bila dah berkumpul ramai-ramai sudah pasti anak kecil akan menjadi tumpuan untuk didukung, cium dan gomol. Siapa yang tak geram tengok pipi gebu an badan montel si kecil. Bayi kecil tidak tahu apa, yang mereka tahu tersenyum dan menangis bila tidak selesa.

Tindakan ini sebenarnya mendedahkan si kecil dengan jangkitan kuman dan penyakit. Jangan hairanlah kalau ada segelintir ibu bapa yang tidak bagi anda mencium bayi mereka. Janganlah pula mengutuk dan mengata, haruslah menghormati mereka.

Jika tidak mencegah perkara itu, mungkin boleh terjadi seperti kisah Muhammad Sallehin  dimana beliau kehilangan anak kesayangannya pada 2 Syawal tahun lepas. Demi menjaga hati orang ramai, Sallehin tidak sedar bahawa yang akan diterimanya akan sia-sia sahaja.

Anak saya meninggal pada 16 june 2018 bersamaan dengan 2 syawal 1439H. Meninggal dia wad PICU Hospital Umum Kuching. Arwah anak kedua, umur masa meninggal 8 bulan 20 hari. Arwah anak pramatang, dan memang dikuarantinkan 100%

Sebelum ni kami menetap di perak, di sana memang kami tak benarkan sesiapa pun melawat arwah. Lepas kami balik ke sarawak, susah kami nak control orang ramai dari gomol anak kami. Dah berkali diingatkan, berkali-kali nasihat dan pesan tetap sama.

Arwah meninggal selepas 3 minggu masuk wad akibat dijangkiti kuman. Kerana ramai yang mencium dan gomol arwah anak saya.

Sumber : Muhammad Sallehin

Sebab segelintir manusia yang bodoh dan sombong selalu kata “baik tak payah ada anak kalau tak tunjuk dengan orang lain.”

Disebabkan kata-kata itu, beliau menjaga hati dan memberi peluang kepada mereka.

“Jadi kepada mereka yang ada anak kecil jangan jadi bodoh seperti saya. Biarkan orang kutuk anda, dan pekakkan telinga. Yang penting anak anda sihat. 

Jadi, sampai sekarang orang yang suka gomol anak saya, saya cuma tanya 1 je soalan apa yang saya dapat bila puaskan hati mereka? Dapat ke mereka gantikan anak saya?

Kepada mereka semua ada anak kecil jika anda sayangkan anak anda jaga lah sebaik mungkin amanah ALLAH ini. Bukan semua dapat zuriat yang ALLAH berikan. Kepada adik anak ayah ini tahun pertama adik tak ada di sisi ayah. Ayah sentiasa merindukan adik.

Jadi, musim raya dah tak berapa hari, janganlah dedahkan anak kecil yang baru lahir kepada umum. Jagalah kesihatan mereka. Orang ramai yang berkunjung pun kenalah faham dan cuba berfikiran terbuka.

 

Sumber: Muhammad Sallehin Dahlan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang