Siakap Keli
Foto: @LastQuake

Gempa Bumi Kuat Gegar El Salvador, Penduduk Dipindahkan Bimbang Dilanda Tsunami

Satu gegaran kuat pada kadar magnitud tinggi 6.6 telah menggegar kawasan El Salvador sebentar tadi. Gempa itu telah menggegar kawasan pantai, 40km daripada La Libertad.

Gegaran kuat itu telah mengakibatkan penduduk yang berada di sekitar kawasan pantai dipindahkan kerana dikhuatiri akan berlaku sebarang bencana yang lebih besar termasuk tsunami.

Untuk rekod, El Salvador yang terletak di wilayah Republik Amerika Tengah ini pernah dilanda tsunami setinggi 6.3 meter pada tahun 2012 selepas mengalami gempa bumi pada kadar magnitud 7.3, namun tiada sebarang kemalangan jiwa direkodkan.

Foto: Mirror UK

Berbalik kepada gempa yang berlaku hari ini, beberapa struktur bangunan dan jalan raya dilaporkan telah runtuh dan rosak serta bekalan elektrik di beberapa kawasan telah terputus.

Setakat ini, tiada sebarang laporan mengenai kehilangan nyawa telah dilaporkan.

Bagaimanapun, Pusat Amaran Tsunami Nasional AS berkata tiada sebarang amaran tsunami dikeluarkan bagi kawasan pantai di barat Amerika Syarikat ketika ini.

Sumber: Mirror UK, World Data

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Editor: Fazidi

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di