Siakap Keli
Gambar Hiasan

Polis Minta Hati-Hati Jika Terima Panggilan Dari Nombor Ini Dan Menyamar Kononnya Dari IPK Terengganu

Hampir setiap hari, ada sahaja berita mengenai rakyat Malaysia ditipu dan hampir ratusan ribu Ringgit terpapar. Pelbagai jenis penipuan masih berleluasa antaranya penipuan mengenai sindiket pakej pelancongan, kerja dari rumah dan paling popular adalah sindiket penyamaran bank.

Sekarang pula, kejadian penipuan melalui nombor telefon. Melalui kaedah “Caller ID Spoofing“, sindiket penipuan scam ini boleh meniru nombor telefon pihak lain dan nombor yang tertera pada telefon mangsa yang dihubungi.

Sebagai contoh, mereka akan menghubungi mangsa dan menyamar sebagai pegawai dan memaklumkan bahawa mangsa terlibat dengan kes jenayah, saman mahkamah, mempunyai jumlah tunggakan kad kredit atau mereka akan cuba mewujudkan situasi yang membuatkan mangsa panik sekaligus menjadikan mangsa percaya bahawa panggilan berkenaan adalah daripada pihak berkuasa atau agensi yang sah.

Perkara ini telah terjadi pada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu. Sindiket mengguna nombor ini 09-6354722 (nombor sebenar IPK Terengganu) untuk melakukan penipuan kepada mangsa atas alasan anda terlibat dengan kes jenayah.

Berhati-hati jika anda terima panggilan dari no 09-6354722 yang memberitahu anda terlibat dengan kes jenayah, anda akan ditangkap, meminta maklumat akaun bank anda atau meminta anda memindahkan wang ke akaun individu lain.

Ingat ! Jika anda terima panggilan dari mahkamah, polis dan sebagainya. Beritahu anda akan pergi ke balai untuk rujuk dan putuskan talian.

Ini perbezaan scmmer dan polis betul;

1. Polis betul akan minta anda hadir ke balai berhampiran jika keterangan anda diperlukan. Scammer pula kalau boleh tak nak anda pergi ke balai dan boleh berurusan melalui telefon sahaja!

2. Polis betul tidak akan meminta maklumat kewangan atau akaun bank anda. Scammer memang suka nak tau berapa banyak duit anda ada!

3. Polis betul tidak boleh / tidak akan menyuruh anda memindahkan wang ke akaun individu lain untuk siasatan. Cukup dengan penyata akaun yang diperoleh daripada bank untuk siasatan.

Biarlah bazirkan sedikit masa untuk rujuk di balai polis daripada anda membazir beribu-ribu wang kepada scammer.

Sumber: Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang