Siakap Keli

”Habis Terjejas Ekonomi Kami…”, Didakwa Sebabkan Kepupusan, Ini Jawapan Penjual Lemang Periuk Kera

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menjelang musim perayaan, pelbagai makanan unik akan muncul dan mencuri perhatian masyarakat. Walaupun telah dikomersialkan sejak beberapa tahun sebelum ini lagi, lemang periuk kera menjadi semakin popular menjelang hari raya ini.

Namun, penggunaan periuk kera dalam pembuatan makanan ini menjadi perdebatan antara kumpulan naturalis dan NGO alam sekitar dengan penjual makanan unik tersebut.

Seorang penjual lemang periuk kera, Adam Uzair tampil mengemukakan hujah para peniaga yang mengkomersialkan penggunaan spesis nephentes ini sebagai bahan asas hidangan tradisi tersebut.

Sebelum itu, Adam turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membangkitkan isu ini kerana pada masa yang sama ia turut membantu mempromosi produk lemang periuk kera kepada masyarakat.

Foto: Adam Uzair

Dalam kirimannya, Adam menjelaskan penggunaan periuk kera tersebut tertakluk kepada spesis tertentu yang tidak diwartakan dalam senarai spesis yang diancam kepupusan.

“Spesis periuk kera yang telah dikenalpasti adalah sebanyak 172 spesis di seluruh dunia dan hanya spesis Nepenthes ampullaria sahaja yang digunakan untuk memasak lemang periuk kera.

Mengapa?

1. Spesis ini dikategorikan oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN) sebagai least concern (LC) species. Spesis ini adalah diwartakan tidak terancam atau hampir terancam atau bergantung kepada konservasi oleh IUCN.

2. Saiznya yang kecil dan kulitnya yang nipis.

3. Mudah didapati dan pertumbuhannya yang meluas di seluruh hutan tropika dan mudah dijumpai di Borneo, Pulau Maluku, New Guinea, Semenanjung Malaysia, Singapore, Sumatra, dan Thailand.

4. Spesis yang bukan karnivor (makan serangga) tetapi detritivor (menyerap nutrient/kompos dari tanah seperti pokok lain) menyebabkan ianya mudah membiak dan membesar. Nepenthes ampullaria.

Foto: iNaturalist/Richard Lee

5. Telah ditanam secara komersil oleh pengusaha Landskap kerana ianya mudah membiak dan membesar.

6. Orang-orang yang menuai periuk kera ini di hutan tidak akan mengambil saiz yang besar dan terlalu kecil bagi kelangsungan hidup periuk kera itu untuk tahun seterusnya kerana ia menjadi punca pendapatan bila menjelang hari raya setiap tahun.

Berdasarkan fakta di atas, kami sebagai PENJUAL LEMANG PERIUK KERA terutama daripada Pengusaha Lemang Periuk Kera Bosscoo bukanlah penyebab kepupusan flora dan fauna.

“Kami juga sayang hutan kami sebab ia juga sumber pendapatan kami.”

Sumber: Adam Uzair

Amira

Love yourself.