Siakap Keli
Gambar Hiasan

Nama ‘Bangkok’ Hanya Untuk Pelancong, Ini Nama Asal Kota Bangkok Yang Buat Lidah Korang Berbelit Nak Sebut

Boleh dikatakan seluruh dunia mengenali Bangkok iaitu ibu kota terbesar di Thailand. Kedudukan bandar ini terletak di tepi barat Sungai Chao Phraya. Bangkok juga merupakan salah satu kota yang berkembang pesar dengan ekonomi yang dinamis dan kemasyarakatan yang progresif di Asia Tenggara.

Bandar ini juga dikenali sebagai salah satu bandar terpantas di dunia dengan kadar menambah bangunan pencakar langit yang paling pantas. Kaya dengan laman budaya menjadikan Bangkok salah satu destinasi pelancongan paling popular di dunia.

Pusat membeli belah terbesar dan canggih di Bangkok

Sebagai pelancong, pasti akan teruja dengan suasana dan persekitaran yang bersih walaupun mengalami kesesakan jalan raya dua kali ganda daripada Kuala Lumpur. Mungkin semua orang belum tahu nama sebenar Bangkok yang terkenal di Thailand tetapi bukan pelancong yang ke sana.

Selepas kerajaan Ayutthaya memerintah negara ini memiliki hubunga besar oleh beberapa negara besar termasuk negara besar Eropah. Pada ketika itu, Thailand adalah salah satunya negara Asia yang tidak dijajah oleh mana-mana kuasa besar.

Jatuhnya kerajaan Ayutthaya merupakan pukulan terbesar bagi rakyat Thailand. Namun, tidak lama kemudian, Raja Taksin mendirikan ibu kotanya sendiri di Thong Buri, tidak lama kemudian Raja pertama dari Dinasti Chakri yang berkuasa sampai hari ini iaitu Bangkok.

Candi peninggalan Kerajaan Ayutthaya

Untuk pengetahuan umum, kalender Kerajaan Thai didasarkan pada Tahun Buddha, yang lebih cepat 543 tahun dibandingkan kalender Barat. Tahun 2000 Masehi sama dengan tahun 2543 dalam kalender Kerajaan Thai.

Sejarah Bangkok

Ada kepercayaan bahawa nama Bangkok berasal dari Bang Makok, Bang sebutan dalam bahasa Thailand bagian Tengah untuk kota atau desa yang berlokasi di tepian sungai, dan Makok adalah nama dalam bahasa Thailand untuk Spondias pinnata, Spondias mombin atau Elaeocarpus hygrophilus (tanaman yang menghasilkan buah seperti buah olive), atau Bang Koh, Koh berarti “pulau”, merujuk kepada suatu wilayah yang terukir oleh sungai-sungai.

Sungai Terpanjang Asia, Chao Praya

Lebih menarik lagi, jika anda ke wilayah yng jauh dari Bangkok, mungkin masyarakat di sana tidak kenal ‘Bangkok’ kerana namanya. Orang Thailand lebih gemar menggunakan perkataan Thai iaitu “Krung Thep“. Ia membawa maksud ‘City of Angels’.  Seperti perkataan Thailand, itu hanya perkataan Inggeris, jika nama dalam bahasa Thai ialah Mueang Thai.

Untuk pengetahuan anda, Krung Thep sebenarnya versi ringkas, nama sebenar Bangkok adalah;

Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit

Oleh kerana terlalu panjang dan sukar untuk menyebutnya, serta nama itu tidak digunakan oleh rakyat Thai sendiri. Mereka lebih suka untuk gunakan singkatan Krung Thep Mahanakhon.

Sumber: Info Asia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang