Siakap Keli
Gambar : Facebook

Nelayan Jumpa Mayat Ketika Angkat Bubu Di Tumpat

Kota Bharu : Mayat seorang lelaki yang sudah berbau ditemukan terapung di Sungai Kelantan awal pagi tadi oleh seorang nelayan.

Difahamkan, mayat yang tidak dikenali itu ditemukan oleh nelayan sungai yang turun mengangkat bubu ikan berhampiran sungai di Kampung Kutan, Tumpat, pada 6.45 pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Bharu, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mahadi Alwi berkata pihak bomba menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada 10.30 pagi.

Beliau berkata sembilan anggota dikejarkan ke lokasi.

“Pihak bomba mendapati terdapat satu mayat dalam keadaan terapung berhampiran jeti di Pasir Pekan yang dijumpai oleh nelayan sungai di situ.

“Kami menyerahkan mayat berkenaan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.