Siakap Keli
Gambar Hiasan

Peguam Ini Jelaskan Apa Itu Inkues Dan Wujud Ke ‘Conflict Of Interest’ Terhadap Bekas Peguam Muhammad Adib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Biar pun sudah hampir 6 bulan berlalu, insiden pergaduhan yang melibatkan dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya masih menjadi sebutan sehingga sekarang. Lebih-lebih lagi apabila kejadian berkenaan telah mengorbankan seorang anggota bomba yang baru berusia 24 tahun, Muhammad Adib.

Berita dan perkembangan terbaru kes ini sentiasa dinanti-nantikan oleh masyarakat yang ingin tahu apakah kesudahan yang bakal ‘diumumkan’. Namun apa yang mengejutkan adalah apabila peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim telah menarik menarik diri dalam prosiding inkues kematian anggota bomba terbabit.

Gambar Hiasan

Perkara itu semestinya menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan orang ramai. Pelbagai andaian dan telahan yang diberikan. Sebentar tadi seorang peguam, Alan Azlan yang cukup dikenali di media sosial kerana kelantangannya menyuarakan pendapat telah memuat naik hantaran di laman Facebook.

Beliau ingin memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai makna inkues dan menjelaskan situasi sebenar tentang apa yang berlaku. Menurutnya:

Sebelum aku ulas, aku suka nyatakan pendirian aku sebagai peguam yang mana golongan peguam gelanggang kita hanya di mahkamah. Bukan di sosial media.

Jadi apa-apa posting oleh seorang peguam berkaitan dengan cara peguam lawannya kendalikan sesuatu kes di sosial media adalah sangat tidak beretika. Lebih-lebih lagi posting tersebut menyelar tatacara peguam lawannya kendalikan kes. Sangat murahan taktik macam ni.

Berbalik kepada Adib, bila Tommy Thomas (TT) cakap wujud konflik dalam kepentingan, pertama sekali fahamkan sifat inkues.

Nama pun inkues. Dia bersifat ‘inquisitorial‘ bukannya ‘adversarial‘. Maknanya tujuannya bukan nak tuduh sapa salah dan orang salah untuk membela diri. Dalam prosiding inkues pulak takda istilah ‘pihak-pihak’ yang berlawan sesama sendiri. Ianya lebih kepada nak mencari punca sebenar kematian Adib.

Sama ada dipukul, kemalangan atau lain lain. Takkan ada dapatan dalam peringkat ini siapa bersalah siapa tidak. Dalam keputusan Mahkamah Rayuan Malaysia ada diperjelaskan hal ni.

Jadi, tak wujud isu ‘conflict of interest’ langsung sebab tak wujud pihak-pihak yang berkepentingan yang mana kepentingan mereka akan jadi ‘conflicted’ dengan perlantikan peguam yang mewakili pihak bomba dan keluarga Adib sendiri.

Gambar Hiasan

Sekali lagi aku ulang. Inkues hanyalah bersifat ‘fact-finding’ sahaja.

Kalau nak cakap pasal kepentingan, Jabatan Peguam Negara (AGC) pun bercanggah kepentingan bila AGC yang mewakili kepentingan awam bertindak untuk mengambil pendirian yang kematian Adib adalah disebabkan kemalangan. Jadi apa guna ada Hakim Koroner kalau AGC sendiri dah ada ‘preconceived notion’.

Kesan daripada tindakan AGC dengan pendirian yang diambil, sekalipun Hakim Koroner mendapati Adib dipukul sehingga menyebabkan kematian, AGC takkan mengambil keputusan mendakwa mana mana individu sebab dalam fikiran Peguam Negara sendiri dah ada pendirian melalui keterangan secara afidavit yang Adib hanya kemalangan. AGC tak patut ‘ambil apa-apa posisi’. Ini inkues bukan perbicaraan dakwaan terhadap mana-mana tertuduh.

Kerana sifat inkues itu sendirilah dulu mahkamah berkali kali tanya kepada peguam Siti Kasim dan M. Visvanathan bila mereka berhajat untuk mewakili pihak kuil tentang apa kepentingan mereka dan jawapan mereka hanyalah mereka mewakili penganut agama Hindu dan betapa mulianya kuil tersebut dan hujah hujah yang pada pandangan professional aku sebagai peguam tak releven. Mahkamah Koroner sendiri tolak permohonan mereka. Boleh rujuk kepada Nota Keterangan untuk kepastian.

Dah lama prosiding baru sekarang nak bercakap pasal ‘conflict of interest’? Syazlin tu dari awal dilantik tapi baru sekarang nak bangkitkan?

Jadi secara rumusannya, pada aku alasan TT tentang konflik kepentingan itu hanyalah suatu ‘afterthought’ dan tidak releven langsung.

Sumber : Alan AzlanĀ 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.