Siakap Keli
Gambar: Wccftech

Sistem Operasi Huawei Yang Baru Dijangka Bepuluh Kali Lebih Pantas Dari Android

Buat pengguna Huawei, sabar dulu. Jangan terlalu cemas atau bersedih. Masih ada sinar buat anda. Berdasarkan laporan Digital Phablet, sistem operasi Huawei yang baru bakal mengatasi kelajuan Android sebanyak 60 kali ganda.

Huawei telah menjalankan kajian dan pembangunan ke atas sistem operasi sendiri yang dinamakan Hongmeng sejak tujuh tahun lalu. Kini, pembangunan sistem operasi tersebut telahpun berada pada fasa akhir dan bakal dilancarkan selewat-lewatnya tahun hadapan.

Sementara itu, Google telah memberi kelonggaran kepada pengguna Huawei untuk mengemaskini perisian Android di dalam peranti mereka sehingga 19 Ogos 2019.

Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Huawei berkata, sistem tersebut bakal mampu menjalankan aplikasi Android melalui kerjasamanya dengan Apptoide, alternatif bagi Google Play. Bahkan, ura-ura mengatakan sistem ini juga mempunyai kemampuan untuk menjalankan aplikasi iOS.

Gambar: Slash Gear

Walaubagaimanapun secara keseluruhannya, para pemerhati teknologi masih tidak dapat memastikan samada prestasi Hongmeng bakal lebih baik daripada Android kerana masih banyak maklumat tentangnya yang belum didedahkan kepada umum. Namun mereka percaya sistem baru ini bakal menjadi saingan yang hebat kepada Android.

Sumber: Digital Phablet

Amira

Love yourself.