Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: BBC/New Scientist)

Tak Kena Cara Didik Anak, Ayah Ditahan Polis Selepas Dera Anak Guna “Shock Collar”

Tugas untuk mendidik dan mendisiplinkan anak sememangnya sering dipikul oleh ibu bapa, namun anak kecil selalunya lebih takut kepada si ayah berbanding ibu keranan biasanya ayah lebih garang.

Tidak ada masalah untuk berlaku sedikit tegas dengan anak untuk tujuan mengajar mereka, namun apa yang dilakukan seorang ayah dari Jepun ini sangat tidak boleh diterima.

Bapa yang berumur 45 tahun dan tinggal di bandar Kitakyushu, telah ditahan pihak polis selepas didakwa menggunakan kolar kejutan atau ‘shock collar’ kepada tiga orang anaknya atas alasan untuk mendisiplinkan mereka.

Anak-anaknya yang terlibat masing-masing merupakan dua anak tiri perempuan yang berumur 13 dan 17 tahun serta anak lelaki kandungnya yang berusia 11 tahun.

Malah, suspek juga dikatakan pernah menggunakan sepucuk stun gun. Kegiatannya itu terdedah apabila anak perempuannya memberitahu gurunya sebelum guru tersebut membuat aduan kepada pusat perlindungan kanak-kanak.

Shock collar yang dirampas. (Foto: Asahi/The Sun)

Shock collar itu sering digunakan pada leher haiwan terutamanya anjing bagi mendiamkan mereka sekiranya menyalak terlalu kuat. Polis turut merampas kolar yang digunakan suspek semasa penahanan itu.

Sumber: Asahi

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi