Siakap Keli

Takut Rahsia Terbongkar, Bapa Bunuh Anak Perempuan 5 Tahun Sebelum Bakar Mayatnya Dalam Ketuhar

Pavel Makarchuk, 50 tahun dituduh telah memukul anak perempuannya Darina sebelum menyebabkan dia terjatuh ke lantai sebelum memukul kepalanya.

Akibat rasa panik, Makarchuk dikatakan cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang telah dia lakukan dengan mencincang badan anaknya itu sebelum membakarnya di dalam sebuah ketuhar, kata polis.

Metro.uk

Pegawai polis di wilayah Zhytomyr, Artem Ligosor, berkata “Ayah kanak-kanak terbabit telah menolak anaknya jatuh ke lantai sebelum memukulnya hingga dia tidak sedarkan diri.”

Disebabkan rasa panik dan ketakutan, si ayah telah cuba untuk menyembunyikan tentang kematian anaknya dengan memotong badan kanak-kanak tersebut sebelum membakarnya.

Polis turut menahan isteri Makarchuk yang berusia 41 tahun di atas tuduhan bersubahat membunuh.

Apabila pihak polis tiba di kediaman mereka, kedua pasangan suami isteri berkenaan dikatakan telah mengenakan pakaian perempuan kepada anak lelakinya yang berusia 3 tahun untuk menipu pihak polis dengan mengatakan kononnya Darina masih hidup.

Darina dikatakan pernah tinggal bersama sebuah keluarga angkat selama dua tahun sebelum dipulangkan semula kepada ibu bapa kandungnya tiga bulan sebelum kematiannya.

Polis turut berkata, ibu bapa Darina mengakui percubaan untuk menutup kematian Darina dan telah membakar mayatnya di dalam ketuhar sebelum membuangnya di sungai kawasan perumahan mereka.

Dalam pada itu, ibu angkat Darina, Natalya Kobernik berasa amat kecewa dengan kehilangan Darina kerana beliau terlalu mempercayai ibu bapa kandung kanak-kanak tersebut.

Sumber: Metro.uk

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"