Siakap Keli

(Video)Detik-Detik Mengejutkan Roket Bawa Satelit Ke Angkasa Dipanah Petir Ketika Meluncur Di Udara

Sebuat roket milik Rusia, Soyuz 2.1b yang sedang meluncur di udara menuju ke angkasa lepas membawa satelit dirakam melalui detik-detik cemas apabila dipanah petir baru-baru ini.

Berdasarkan video yang dimuat naik di Youtube bagaimanapun roket berkenaan tidak menghadapi sebarang masalah dan selamat membawa muatan, Glonass-M, sebuah satelit navigasi seperti yang dirancang.

Malah, detik-detik mengejutkan tersebut turut mendapat respon daripada Pengarah Roscosmos, Dmitry Rogozin yang kemudian memuat naik satu tweet di Twitter.

”Biar panahan kilat sekalipun tetap tidak dapat menghalang kamu (Soyuz 2.1b),” katanya.

Manakala seorang lagi pegawai daripada Plesetsk Cosmodrome, pengendali fasiliti tapak pelancaran, Nikolai Nestechu turut memberi respon yang sama berhubung kejadian berkenaan.

”Cuaca bukan halangan buat kami. Kami, Pasukan Angkasa Rusia sedia berhadapan dengan sebarang cuaca. Panahan petir ini jadi bukti bahawa ‘senjata’ yang kami ada tidak boleh dirosakkan,”.

Selain untuk tujuan navigasi, satelit baru yang dibawa oleh roket berkenaan juga dilapor bakal diguna untuk tujuan ketenteraan pasukan bersenjata negara kuasa besar tersebut.

Saksikan video roket berkenaan dipanah petir di bawah.

 

Sumber: Dailystar

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.