Siakap Keli
Foto: Twitter @acapgiga

(Video)Ditahan Polis Kerana ‘Dituduh’ Mahu Bunuh Diri, Tetapi Bila Tengok Video Tular Pemuda Ini Temui Sesuatu Yang Pelik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tekanan perasaan atau kemurungan bukanlah sesuatu yang boleh diperlekeh atau dipandang ringan. Jika tidak dikawal dengan baik, seseorang mungkin akan kehilangan nyawa.

Malah, sejak kebelakangan ini, semakin kerap kita mendengar mengenai kes bunuh diri atau setidak-tidaknya cubaan membunuh diri. Perkara ini membuatkan rakyat Malaysia semakin peka dan prihatin sekiranya terlihat sebarang cubaan untuk membunuh diri di sekeliling mereka.

Keprihatinan itu memang dihargai namun adakalanya kita terlalu pantas untuk mengambil tindakan sehingga tersilap penilaian. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki, Asyraf bin Azlin baru-baru ini.

Beliau telah disalah anggap oleh orang ramai apabila dikatakan ingin membunuh diri apabila berdiri di atas bumbung sebuah bangunan tempatnya bekerja.

Akan tetapi, Asyraf berada di atas bangunan berkenaan kerana sedang bertugas memperbaiki sistem gas pemanas air di bangunan tersebut dan tempat beliau berdiri adalah jauh daripada tembok tepi bangunan itu.

Orang ramai yang melihatnya telah membuat laporan kepada pihak polis serta bomba dan mereka telah tiba di bangunan itu dan perkara ini sampai ke pengatuan majikannya.

Akibatnya, beliau telah ditahan pihak berkuasa untuk diambil keterangan sehinggakan tidak dapat berbuka puasa di rumah. Menurutnya, pihak bomba perlu memastikan tiada sebarang mayat ditemui di kawasan sekitar kejadian sebelum boleh melepaskannya.

Akan tetapi, selepas dilepaskan, beliau melihat semula video asal dan baru tersedar bahawa individu dalam video yang dirakam bukanlah dirinya. Ini kerana, tempat beliau berdiri ketika kejadian bukanlah di tempat yang sama dengan individu dalam video.

Foto: @acapgiga
Foto: @acapgiga
Foto: @acapgiga

Ia menyebabkan beliau berasa sedikit kesal kerana mengakui bahawa beliaulah individu yang berdiri di kawasan tersebut ketika ditanya pihak berkuasa semasa hari beliau ditahan.

Bagaimanapun, beliau pasrah dengan apa yang telah berlaku walaupun mengakui berasa sedikit risau memikirkan jika benar-benar ada individu yang melakukan sebarang perkara tidak diingini.

Kisah Asyraf ini menerima reaksi bercampur-baur daripada para pengikutnya di Twitter, di mana ada yang menganggap kisah beliau ini sebagai menghiburkan dan ada juga yang turut memikirkan siapakah individu sebenar yang dirakam dalam video.

Foto: @acapgiga
Foto: @acapgiga
Foto: @acapgiga

Sumber: Twitter AsyrafBinAzlin

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi