Siakap Keli
Gambar : Ahmad Safiuddin

”Allah Dah Lama Angkat Sakit Ainul Ke Langit,” Luahan Bapa Ainul Mardhiah Mengundang Sebak Netizen

Rata-rata rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan adik Ainul Mardhiah, pasti mengetahui dia kini sedang berada di London bersama ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan daripada pakar terbaik.

Menerusi perkongsian terbaru bapanya, Ahmad Safiuddin, dan isteri menerima ujian yang diberikan ini walaupun mengakui ada ketikanya pernah merasa ‘down’ dengan nasib yang menimpa anaknya.

Moga kedua ibu-bapa Ainul tabah dan terus diberikan kekuatan menghadapi segala ujian ini. Doa kami seluruh rakyat Malaysia agar adik Ainul kembali sihat seperti sediakala. Amin!

Allah dah lama angkat sakit ainul ke langit.

Yang Allah nak uji sebenarnya adalah ibu bapa ainul dan orang sekelilingnya. Mana mungkin Tuhan yang memegang Zat kasih dan sayang menyakiti hamba-hambaNya yang tidak tahu apa apa.

Allah boleh pilih sesiapa sahaja untuk terima ujian ini, dan Allah telah pun memilih ainul dan kami untuk terima ujian ini. Sebab apa?

Sebab Allah tahu, ainul dan kami mampu. Selari dengan kemampuan dan daya kami. Tipu lah kalau tak pernah down.

Kadang-kadang cemburu tengok orang lain. Tengok bayi seusia ainul boleh makan minum dengan normal, ada yang dah belajar nak berjalan dah pun. Selalu letak dalam fikiran bahawa Allah nak bagi benda lain kepada kami.

Tahukah kalian, hari ini Allah yang Maha Baik itu masih berikan kami peluang menjaga dan berbakti kepada ainul? Dan, itu adalah nikmat paling terbesar kami sebagai ibu bapa yang muda dan baru memiliki anak pertama.

Pesan pada diri, Orang lain mungkin ada apa yang kita tak ada. Dan kita ada apa yang orang lain tidak ada.

Sumber : Ahmad Safiuddin

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.