Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengecewakan ramai netizen di media sosial dengan ‘troll’nya yang bersahaja.
Terbaru, beliau memuatnaik satu gambar di Facebook menunjukkan ‘Hot Wheels’ keluaran edisi terhad ‘Malu Apa Bossku’ yang mula dijual di pasaran. Bahagian badan kereta mainan berkenaan dilihat direka dengan memaparkan imej beliau bersama tulisan ‘bossku’.
Hot wheels itu memaparkan Model DMC 12 Hot Wheels Bossku Limited Edition. Menariknya, kereta ini mula dijual pada era pemerintahan Mahathir yang lalu. Delorean ini akhirnya menjadi sebuah kereta terbang setelah diupgrade Dr. Emmit Brown, lakonan Christopher Lloyd.
Najib dalam pada itu, meminta kepada semua netizen yang menemui ‘Hot Wheels’ keluaran edisi terhad itu supaya jangan lupa untuk membelinya.
Kalau jumpa jangan tengok saja
Betul tak betul saya tak tahu.
Member WhatsApp tadi. Kalau jumpa, jangan tengok saja. Limited edition ni. Lepas beli kasi up gambar sekali.
Rata-rata netizen seperti biasa tidak ketinggalan membanjiri pendapat di ruangan komen. Ramai yang dilihat memberikan respon positif untuk membeli replika mini kenderaan tersebut untuk dijadikan koleksi. Korang dah beli ke?
Buat hal la, mana nak cari? Anak minta sebijik macam ni!
Mesti laris bossku
Risau kerajaan haramkan jualan hot wheels
Jom jadi collector
Sumber : Najib Razak