Siakap Keli

Curi Album Wang : Pengawal Keselamatan Dipenjara Sebulan, Denda RM1500

Kuala Lumpur : Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara sebulan dan didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri dua buah album yang mengandungi mata wang asing dan sijil simpanan premium milik seorang wanita.

Majistret Tawfiq Affandy Chin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Al Hafidz Rosdi, 29, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 29 Mei lepas dan penjara sebulan, jika dia gagal membayar denda.

Lelaki itu telah mencuri album milik Mazliana Morad, 43, di Tingkat 33, Menara TH Plantation, Persiaran KLCC, di sini antara 10.33 malam, 25 Mei hingga 12.45 pagi, 26 Mei lepas, mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta boleh juga dikenakan denda dan bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya hendaklah dikenakan penjara dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rajdeep Singh Bhupinder Singh memohon hukuman penjara dan denda tinggi sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, Muhammad Al Hafidz yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia telah insaf.

Sumber  Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.