Siakap Keli
Gambar : Pnut Syafinaz

Ibu Meninggal Sebab Kanser, Ayah Buta, Kisah Yatim Dua Beradik Sangat Menyentuh Hati

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramadhan bulan kemuliaan yang di dalamnya penuh hikmah dan pengampunan dari Allah, dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka. Berpuasa bukan sekadar menahan lapar mahupun dahaga tetapi ia mengajar erti kesyukuran dengan nikmat yang diperolehi selama ini.

Sebagai manusia, terkadang kita alpa. Selalu mengenang perkara yang tak dimiliki dari bersyukur dengan apa yang telah diperolehi. Terkadang terlalu memandang kelebihan orang lain tanpa selidik betapa sukar untuk mereka berhasil mendapatkannya. Ada kalanya, sering mengeluh kesusahan diri tanpa tahu ada insan yang lebih sukar kehidupannya.

Tapi itulah, kita manusia selalu khilaf, selalu terlupa. Malam tadi, satu hantaran telah tular di laman media sosial mengenai kisah sedih keluarga kecil. Hantaran yang ditulis oleh Syafinaz yang merupakan pengerusi sebuah badan kebajikan (NGO) ternyata telah membuka mata masyarakat supaya lebih mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan. Menurut Syafinaz

Dua beradik anak yatim, ibu meninggal sebab kanser. Si adik patah kaki dan tangan jatuh ketika ikut ayah keluar bekerja.

Ayah buta dan ambil upah urut refleksiologi di sebuah kompleks. Itu saja sumber pendapatan ayah mereka. Ketika adik di tahan di wad beberapa hari ayah tidak keluar bekerja kerana menjaga adik, duit pun semakin habis dan ayahnya terpaksa pergi kerja.

Tahu siapa yang menjaga adik di hospital sepanjang hari? Si kakak umur 10 tahun. Dialah yang jaga adiknya. Adik umur 6 tahun, manja dan masih merindui ibu yang telah pergi. Si kakak inilah yang menjaga adiknya. Makan minum apa saja yang hospital beri dan pelawat yang ziarah ahli keluarga kalau ada beri mereka makanan itulah mereka makan dan ehsan nurse, doktor yang merawat.

Kasihan sungguh. Kadang-kadang si adik menangis sambil ditenangkan oleh kakak, mungkin sakit, mungkin rindu ibu. Kami hulurkan sedikit bantuan buat ayah yang terpaksa berulang alik naik grab ke mana-mana. Dan saya minta adik belikan pampers buat si adik yang tidak boleh bergerak ke tandas. Nurse kata pampers dah habis nurse terpaksa pinjamkan kat waris pesakit lain dulu.

Gambar : Pnut Syafinaz

Semua urusan adik, kakaklah uruskan semuanya. Sebak.

Semalam kami bawa mereka bertiga membeli baju raya, termasuk sepasang baju Melayu buat ayah mereka. Walaupun di tolak ayahnya berkali-kali enggan menerima. Saya minta sukarelawan carikan juga. Kasih sayang dua beradik yang saya kagumi. Si kakak berhasrat mahu sedondon mereka tiga beranak, Si adik mahu baju melayu warna pink belacan.

Si kakak mahu baju melayu kurung warna hijau. Si adik beralah mahu ikut warna pilihan kakak, tetapi baju melayu adik tidak ada size warna pilihan kakak. Kakak kemudian beralah, “takpa la hijau pun, asalkan sama kaler” bagus mereka di didik.

Dua beradik kemudian berlari pula mencari baju melayu buat si ayah, biar sedondon. Teruja dan bersemangat mereka.

Aduh sebak melihat. Ketika beratur mahu membayar harga pakaian, saya bertanya pada si ayah. Kalau keluar bekerja macam mana anak-anak?

Katanya kalau hari sekolah dia mengurut sebelah petang, lepas anak-anak balik sekolah, terus di bawa ke tempat mengurut. Sampai ke malam, kalau di uptown sampai pukul 1-2 pagi, kdg2 pkl 2-3 pagi. Allahu kasihan anak-anak. Lalu ayah dia bertanya penuh harapan “kak, boleh tolong carikan mana sekolah boleh hantar anak saya duduk asrama?’atau sekolah tahfiz? Saya nak depa sekolah sempurna macam orang lain, pi sekolah, balik sekolah mengaji, pegi KAFA. Hari minggu saya boleh ambik depa balik”

Saya tanya “tak ingat anak ka nanti? La ni tiap hari dok siang malam dengan anak-anak?” Di jawab “teringat, tapi nak buat macam mana, saya tak boleh penting diri, depa kena mengaji (sekolah) baca quran, nak depa pandai macam orang lain.”Dia pun cerita dah pernah mohon nak masukkan anak ke sekolah asrama (sekolah rendah) tapi tak dak kosong. Masa bercakap hal ini dengan ayah dia, si kakak terdengar dan terus berlari peluk ayah (dalam gambar) “kakak tak mau.

Gambar : Pnut Syafinaz

“Kakak tak mau. kakak nak duk ngan ayah” Masa ni saya kalih pandangan, sapu air mata. Sedihnya.

Saya pujuk, cakap kakak kena pi sekolah, kalau duk asrama anak yatim nanti pi sekolah naik van, balik sekolah boleh pi KAFA, mengaji quran, kat sana makan pun sedap-sedap, ada kawan ramai. Dia pandang muka saya “dengan adik sekali?” Saya angguk. Dia diam, dan peluk erat ayah dia. Saya hilang kata-kata.

Sebelum balik sekali lagi ayah dia kata “kak, tolong naa”‘ InsyaAllah saya akan usahakan mereka ke tempat lebih baik samaada ke sekolah agama yang ada asrama yang boleh dua beradik duduk sekali atau ke asrama anak yatim, tak mau jauh-jauh agar ayah boleh berulang naik grab pergi kalau rindu anak-anak.

Kita rasa kisah kita sedih? Hebat Allah uji? Bayangkan budak umur 10 tahun dan 6 tahun ni menggalas ujian mereka?

Jangan tanya alamat mereka, saya tidak akan beri, hormati mereka, kehidupan mereka. Dan saya tidak mahu ada yang ambik kesempatan pada mereka. Ada saja orang nak ambil anak jadikan anak angkat la, lagi saya takkan beri. Biarlah mereka dengan kehidupan mereka. Hormatilah.

Susulan kisah dua beradik yang dijaga ayah (oku) cacat penglihatan selepas kematian ibu mereka itu.

Dengan bantuan kak Natipah, saya sudah dapat satu asrama anak yatim yang sesuai untuk si kakak. Si adik akan menyusul kemudian. InsyaAllah akan uruskan kemasukan kakak ke sana, lepas raya InsyaAllah. Lepas saya balik KL nanti, kak Pah akan teruskan membantu memantau anak-anak ini. Saya dengan kak Pah pun kenal lama dah, saya yakin dan percaya kak Pah akan buat lebih baik dari apa yang saya buat.

Dah bincang dengan ayahnya hantar kakak dulu, sebab tempat tu terima budak umur 7 tahun ke atas. Adik akan menyusul kemudian. Buat masa ni adik masih dalam rawatan untuk penyakit radang usus, masih perlu ke hospital selalu, ayah dia kata tak pe dulu, dia jaga sepenuhnya hingga hujung tahun, nanti masuk darjah 1, kita hantar adik pula.

Ayah yang bertanggungjawab, saya tanya dia dah daftar anak darjah 1?’dia dah buat semua, dia ingat tarikh kena kemas kini rekod daftar, dia ingat semua tarikh appointment hospital anak dia. Saya yakin dia ayah yang sangat bertanggungjawab.

Terima kasih atas doa kalian semua, Alhamdulillah, dalam sehari dapat jalannya.

Sumber : Pnut Syafinaz

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.