Siakap Keli
Gambar: Astro Awani

Jajaran Seksyen 8 Di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Bakal Dibuka Kepada Orang Ramai

Jajaran WCE Seksyen 8 dari Persimpangan Hutan Melintang ke Persimpangan Teluk Intan, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan dibuka secara rasmi pada hari ini.

Jajaran WCE Seksyen 8 yang menghubungkan Persimpangan Hutan Melintang dengan Persimpangan Teluk Intan itu akan dibuka kepada orang ramai selewat-lewatnya pukul 6.00 petang ini.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir, pembukaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) itu bukan sahaja akan memberi manfaat kepada pengguna, malah bakal memacu aktiviti dan pertumbuhan ekonomi di sekitar kawasan berkenaan.

Pembukaan jajaran Seksyen 8 yang berukuran sejauh 18 kilometer itu bakal memanfaatkan penduduk tempatan sekitar Sabak Bernam, Bagan Datok, Hutan Melintang, Teluk Intan dan Sitiawan untuk digunakan sebagai jalan pintasan.

Walau bagaimanapun, pembukaan seksyen 8 ini bersifat setempat iaitu memberi kemudahan kepada penduduk yang tinggal berhampiran lebuhraya WCE Seksyen 8. Ini kerana, Lebuhraya WCE belum siap sepenuhnya.

Untuk lebih menyerikan musim perayaan kali ini, pihak kerajaan tidak akan mengenakan bayaran tol di jajaran pertama lebuhraya tersebut sehingga pihak Kerajaan membuat keputusan berkenaan polisi pengenaan tol serta kadar tol bagi lebuh raya tersebut.

Sehubungan dengan itu, pengguna yang bakal menggunakan lebuhraya tersebut dinasihatkan supaya mematuhi pengurusan kawalan trafik dan papan tanda yang disediakan bagi memastikan perjalanan yang dirancang selamat serta lancar.

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia berkenaan dengan perkara tersebut:

Gambar: FB LLM

 

Sumber: FB LLM

Aqmal Ezany

I write what is right