Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kagum, Ciptaan Baru China, Kereta Guna Air Boleh Gerak Sejauh 500 Kilometer

Masalah minyak petroleum yang mahal pada masa kini semakin menggusarkan ramai pengguna kenderaan. Namun, baru-baru ini tular mengenai kenderaan yang boleh bergerak hanya dengan menggunakan air.

Sebuah syarikat kereta yang berpusat di China mendakwa bahawa mereka telah membina kenderaan yang mampu bergerak sejauh 500 kilometer dengan hanya menggunakan air. Kenderaan bertenaga hidrogen itu masih belum dapat dilihat di khalayak ramai tetapi telah dilaporkan kenderaan tersebut membuat perjalanan pada Rabu lepas.

Gambar Hiasan

Prototaip kenderaan tersebut telah dibuat oleh Qingnian Car yang terletak di Nanyang, sebuah bandar di wilayah Henan. Kereta tersebut telah diuji dengan membuat perjalanan pertama dihadapan ketua Parti Komunis tempatan yang melawat firma berkenaan.

Menurut ketua eksekutif syarikat, Pang Qingnian memberitahu bahawa kenderaan tersebut mampu bergerak  antara 300 hingga 500 kilometer yang mana kuasanya dijana oleh 300-400 liter air.

Tambahnya lagi, kos termasuk penyelidikan dan pembangunan adalah rahsia perdagangan yang tidak boleh didedahkan. Walau bagaimanapun, Pang memberitahu bahawa kenderaan ini dibina hasil daripada teknologi syarikat mereka dengan nilai kos yang rendah.

Kenderaan bertenaga hidrogen ini akan bertindak balas antara hidrogen dengan oksigen bagi menjana kuasa kepada motor elektrik. Menurut Pang, kenderaan yang dicipta ini sudah pastinya akan mengurangkan pencemaran seperti sebelum ini apabila menggunakan petrol.

Air yang kita gunakan adalah milik kita, kita tidak perlu pergi ke Timur Tengah untuk membeli (petrol). Air tidak mencemarkan.

Namun begitu, ramai pihak terutamanya orang ramai di media sosial tidak yakin mengenai perkara ini. Ini adalah kerana mereka belum dapat melihat sendiri kenderaan tersebut bergerak yang dijana oleh air.

Sumber: South China Morning Post

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa