Siakap Keli

Kenapa Kes ‘Abang Botak’ Cepat Jatuh Hukuman? Ada Kes Lain Ambil Masa Pula, Ini Penjelasan Peguam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini kecoh kes seorang wanita menghadapi detik yang cemas setelah ditahan dua orang lelaki sebelum salah seorang daripada mereka bertindak memecahkan cermin Perodua Axia miliknya.

Sebelum itu, wanita tersebut telah membunyikan hon kepada kedua-dua lelaki berkenaan yang membawa motosikal secara bersaingan sambil bersembang di hadapan keretanya. Tindakannya itu membuatkan kedua-dua lelaki marah dan kemudiannya menghalang laluan wanita tersebut secara tiba-tiba, mengakibatkan berlaku sedikit perlanggaran kecil dengan salah sebuah motosikal.

Berikutan tindakannya itu, suspek tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan sehari setelah dia ditangkap. Cepat, bukan? Bagi menjawab kemusykilan mereka yang tertanya-tanya kenapa proses menjatuhkan hukuman begitu cepat, peguam ini memberi penjelasannya.

Gambar hiasan. (Gambar: WALA)

Abang Botak; Proses dan Hukuman

Harini Abang Botak kena hukum penjara 12 bulan. Semalam tangkap, harini jatuh hukum. Laju.

Ya, proses siasatan sebenarnya boleh dibuat dengan cepat. Lagi-lagi untuk kes direct dengn bukti dan saksi.

Siapa yang kait dengan bangsa dan agama memang tahap pemikiran masih setengah masak.

Kes ni tak ada kaitan dengan bangsa dan agama. Dia mengaku di depan Majistret.

Bila sesiapa mengaku depan Majistret, Majistret akan jatuhkan hukuman pada masa tu juga. Nak tunggu apa lagi, dah mengaku.

Kalau tak mengaku memang panjang, nak sediakan dokumen, nak buat persediaan bicara, nak bicara, nak berhujah.

Bila mengaku semua tu tak payah. Terus kepada rayuan dan hukuman.

Abang Botak dituduh bawah seksyen 427 Kanun Keseksaan. Seksyen ni memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun. Jadi Abang Botak dah kena minimum penjara.

Tapi, seksyen ni juga benarkan denda.

Abang Botak dikatakan pesalah kali pertama, maknanya dia tak pernah kena tuduh sebelum ni. Dia juga dah mengaku seawal-awalnya. Dia juga membantu dalam siasatan, kalau tak reman dia mesti panjang.

Dia juga ada isteri dan anak-anak.

Dalam menjatuhkan hukuman, ini semua perlu mahkamah ambil kira.

Kami tak pasti apa alasan Majistret dalam menjatuhkan hukuman penjara sedangkan denda yang tinggi masih boleh dikenakan.

Gambar hiasan. (Gambar: Law Stack Exchange)

Dalam hal ini, sekiranya Abang Botak dan keluarga tak puas hati dengan keputusan Majistret, satu rayuan berkaitan hukuman boleh difailkan ke Mahkamah Tinggi.

Tapi harini hari Jumaat. Esok cuti. Isnin dah banyak pegawai cuti. Rabu dah raya. Mungkin tak sempat untuk sebarang rayuan didengar sebelum Raya.

Alternatif?

Boleh minta permohonan penangguhan hukuman. Tak pasti sama ada telah dibuat atau tak.

Hukuman boleh ditangguhkan sementara sehingga rayuan selesai, tapi alasan nak kena kuat la.

Mahkamah ada proses-proses yang boleh kita gunakan secara sah. Jadi bila ada kes-kes tak kira la yang dah lepas atau akan datang yang kita nampak pelik, jangan melompat dulu. Check dulu kenapa.

Kasihan keluarganya. Tak pasal-pasal beraya tanpa suami dan bapa di sisi. Pengajarannya, jagalah tindak balas kita ketika marah. Kesilapan 5 saat boleh buatkan kita ke penjara setahun.

Sumber: The Law Chambers of Redzuan And Faiezad, Mohd Redzuan Mohamed Yusoff

Amira

Love yourself.