Siakap Keli
Gambar: ISMAWeb

Ketahui Maklumat Yang Harus Dipatuhi Pengadu Sebelum Menyalurkan Maklumat Kepada Pihak JPJ

Di musim perayaan yang bakal kunjung tiba ini, pastinya lebuhraya akan sesak dengan kerata yang rata-ratanya terdiri daripada warga kota yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.

Umum ketahui bahawa, pastinya akan ada beberapa jenis pemandu yang akan memandu dengan mementingkan diri mereka sendiri. Sifat mementingkan diri sendiri itu seterusnya bakal memberi kesan yang tidak baik kepada pengguna jalan raya yang lain.

Akan ada yang bakal menggunakan lorong kecemasan tanpa memikirkan tentang orang lain. Perkara ini juga bakal menjurus kepada penambahan waktu perjalanan akibat daripada kesesakan yang akan disumbang oleh pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab ini. Selain daripada itu, ianya juga boleh menjerumus kepada kemalangan.

Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan inisiatif mahu membendung perkara ini daripada berlaku, telah mengumumkan supaya orang ramai untuk merakamkan perbuatan pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab ini suapaya boleh diambil tindakan yang selanjutnya.

Namun begitu, pihak JPJ mengigatkan supaya pengadu yang mahu merakamkan perbuatan pengguna jalan raya lain yang tidak bertanggunjawab itu supaya mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPJ ini bagi mengelakkan kemalangan dan secara tidak langsung menjaga keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Ikuti perkongsian tentang maklumat yang harus dipatuhi pengadu sebelum menyalurkan maklumat kepada pihak JPJ ini.

Berikutan Pengumuman lepas yang membenarkan pengguna jalan raya merakam gambar kenderaan yang melakukan kesalahan seperti menggunakan lorong kecemasan, penggunaan telefon bimbit semasa memandu atau lain-lain kesalahan utama lalulintas sepanjang Ops Bersepadu sempena perayaan Aidilfitri terdapat beberapa maklumat yang harus dipatuhi pengadu sebelum menyalurkan kepada JPJ.

1. Siapakah yang dibenarkan merakam atau mengambil gambar pemandu yang melakukan kesalahan?

Larangan penggunaan telefon bmbit tanpa alat bebas tangan yang diperuntukkan dibawah kaedah 17A Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 menyatakan bahawa mana-mana orang yang memandu adalah dilarang menggunakan alat komunikasi termasuk telefon bimbit tanpa alat bebas tangan dan mana-mana org yang melanggar peraturan boleh didenda tidak melebihi RM 2,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Ini bermakna pengguna jalan raya yang merakam apa-apa kesalahan laulintas menggunakan telefon bimbit wajib memastikan bahawa yang merakam atau mengambil gambar itu bukanlah pemandu.

2. Apakah notis yang akan diberikan kepada pemandu sekiranya didapati melakukan kesalahan dan berapa lama tempoh diambil untuk menyerahkan notis saman?

Sekiranya didapati pemandu terbabit melakukan kesalahan, Notis temusiasat di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan diserahkan kepada pemilik kenderaan untuk mengemukakan pemandu yang memandu kenderaan terbabit ketika kesalahan dilakukan.

Tempoh ini mengambil masa 14 hari untuk pemilik kenderaan mengemukakan pemandu yang diarahkan hadir ke pejabat JPJ. Apabila pemandu hadir ke JPJ yang berhampiran dan siasatan telah dijalankan, pegawai JPJ akan mengeluarkan Notis Saman atau perintah hadir mahkamah dalam hari yang sama siasatan dijalankan.

3. Bagaimanapula jika pemandu terbabit pergi ke lorong kecemasan kerana berlaku kerosakkan kenderaan dan ada orang merakamnya ?

Di bawah kaedah 53 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959, kaedah ini membenarkan atau memberi pengecualian pada mana-mana kenderaan motor (pemandu) menggunakan lorong kecemasan dalam keadaan kecemasan sahaja. sebagai contoh kereta rosak atau lain-lain sebab kecemasan.

4. Apakah maklumat yang perlu dikemukan pemandu bagi membuat aduan ?

1. Laporan ringkasan aduan
2. Tarikh / masa
3. Tempat kejadian
4. Jenis kenderaan
5. Nombor pendaftaran kenderaan
6. Salinan foto, video atau dokumen berkaitan

Sertakan nama penuh, alamat surat menyurat, nombor kad pengenalan dan nombor telefon dan hantar ke aplikasi whatsapp 013-4498997

Sumber: FB JPJ

Aqmal Ezany

I write what is right