Siakap Keli

Kajian Dakwa Periuk Kera Jadi Mangkuk Tandas Tupai Dan Kelawar?

Beberapa hari ini banyak bualan tentang periuk kera yang dikatakan sangat lazat apabila dimasak beras pulut untuk dijadikan lemang periuk kera. Lemang ini ini dikatakan lebih enak berbanding lemang buluh yang sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Melayu.

Juadah ini boleh dikatakan sangat popular di negeri Pahang dan Johor bahkan ada juga segelintir negeri-negeri di Malaysia yang hidangkan juadah ini pada hari raya.

 

Sebelum ini, kita ada mendengar tentang tumbuhan ini hampir pupus kerana masyarakat menggunakannya untuk sumber makanan.

Terbaru, ada dakwaan yang mengatakan tumbuhan periuk kera ini menjadi mangkuk tandas buat haiwan mamalia kelawar dan Tupai di hutan. Dakwaan yang diketengahkan oleh ZoologiMy di laman Twitternya yang meyifatkan menghidangkan lemang periuk kera di hari raya bukan pilihan yang sesuai.

Menurut ZoologiMy, dalam satu kajian yang dilakukan oleh saintis daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD) mendapati tumbuhan ini bertahan kerana kotoran daripada kelawar.

 

Kajian mengatakan kelawar jenis Hardwicke ini dijadikan tumbuhan sebagai tempat tinggalnya kerana kelawar ini akan memberikan nutrien yang penting untuk tumbuhan ini kekal subur.

Jika banyak kelawar yang berkunjung pada tumbuhan ini, ia akan mendapat lebih banyak nitrogen berbanding tumbuhan yang tidak didiami oleh kelawar ini. Malah, 34% sumbangan najis kelawar ini kepada nutrien yang diperlukan oleh periuk kera.

Jadi, tepuk dada tanya selera.

Sumber: ZoologiMy

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang