Siakap Keli
Foto: Google

Mengimbau Kenangan Lampau, Ini Antara Ayat Ucapan Selamat Hari Raya Zaman SMS Satu Ketika Dulu

Sudah menjadi kebiasaan sejak dulu lagi, menjelang tibanya sambutan perayaan Aidilfitri, pastinya kita akan menghantar ucapan selamat hari raya kepada keluarga dan kenalan.

Bezanya, ucapan kali ini lebih mudah dengan adanya sambungan Internet, WhatsApp, FB Messenger, WeChat dan sebagainya. Orang ramai lebih memilih untuk menghantar ucapan dalam bentuk gambar pada zaman sekarang.

Namun, bagi anda yang lahir pada sekitar tahun 80-an dan awal 90-an, pasti anda masih ingat yang kita pernah menggunakan pelbagai ayat-ayat kreatif sebagai ucapan selamat hari raya untuk dihantar melalui SMS satu ketika dulu.

Jadi kali ini, kami akan senaraikan beberapa ayat-ayat kreatif yang digunapakai ketika zaman SMS dahulu untuk anda gunakan kembali sebagai ucapan untuk keluarga dan rakan-rakan semasa hari raya nanti.

  • Sir lump mud hurry rare year ideal fit tree moo lee year… ma half za hair bar ten… 2 loose dairy hearty young eek class.. Sorry I baroo balik dairy LONDON.
  • Pelita diletak diatas para,
         Hendak dinyalakan di tepi perigi,
         SMS dihantar pengganti kad raya,
        Tanda ingatan di Aidilfitri.

        Salam tulus ikhlas dari (nama penghantar dan family)

  • * 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
    • ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
    •。★Hari Raya!★ 。* • ˚。
    ° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚
    ˚ ˛ •˛•˚ * /_______/\。˚ ˚ ˛
    ˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門  | ˚
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
    MAAF ZAHIR DAN BATIN…
  • Masak lemang sambil berdiri, Hendak makan di aidil fitri, Nak hantar kad posmen dah cuti, SMS jer boleh ku beri. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
  • Malam raya pasang pelita,
    Pelita dipasang sampai pagi;
    SMS dihantar maaf dipinta,
    Moga silaturahim kekal abadi
  • i. .i.
    * l.l £ l.l *
    .l.l_(“”””‘)_l.l.
    :l.:.:.:.:.:i:.:.:.:.:.l:
    HiDP iNi iNDH JKa SGÄLÄNya KRN
    , w ,
    c())I
    slm aidilfitri.Smg lbrn ini dlmphi rhmt n hdyhNya.maaf zahir n batin.
    (nama penghantar dan family)
  • Kura-kura berjalan lambat,
    Anak kera melompat-lompat;
    Kad raya nak hantar tak tahu alamat,
    Guna SMS dah tentu selamat
  • Adakala kapas tak selalunya putih, begitulah ucapanku.
    Adakala jalan tak selalunya lurus, begitulah langkahku.
    Adakala air tidak selalunya jernih, begitulah hatiku.
    Namun apakala Syawal menjelma, maaf ku pinta zahir dan batin.

    Foto: Selongkar10
  • “!J+!J 7!p!e eheJ !JeH fewe7aS ‘u!feq & J!He7 dvvw uOHOw”
    *Terbalikkan telefon dulu kalau nak baca*
  • Pejam celik, pejam celik, dah 29 hari kita berpuasa. Makin dipejam celik, makin banyak salah dan dosa. Sebelum pejam tak celik-celik, mohon maaf zahir dan batik.
  • Buat meriam pasang pelita,
    Asap keluar bunyi tak ada,
    Ucapan raya maaf dipinta,
    Harap tak ada yang mengguris jiwa.
  • Bila tiba musim perayaan, 
    Orang ramai bershopping sakan,
    Salam lebaran saya ucapkan,
    Di hari raya kita bermaafan.
  • Katak kenyang lalu tertidur, 
    Gajah pitam lantas terjatuh,
    Andai tak sampai tangan menghulur,
    Ku pohon keampunan dari jauh
  • KHAMIS cari JUMAAT, nak tanya nampak tak SABTU, nak minta ingatkan AHAD bagitahu ISNIN agar tak lupa untuk mesej SELASA yang RABU dah raya. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

Bagaimanapula dengan anda? Ada tak lagi ucapan hari raya yang selalu digunakan satu masa dahulu? Jika ada, kongsikan bersama kami di ruangan komen ya.

Sumber: Selongkar10, Pecahan Hidup, Audifaliq

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi