Siakap Keli
Gambar: Kosmo

Orang Ramai Yang Gunakan Jalan Seremban-Kuala Pilah Balik Raya Nanti, Ini Info Terbaru Yang Perlu Anda Tahu

Di musim perayaan yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi, pastinya segala persiapan untuk meraikan hari kemenangan umat islam ini sedang giat dijalankan.

Bulan ramadan bakal menghampiri penghujungnya, kemudiannya akan disusuli dengan bulan syawal. Pasti ada yang tidak sabar untuk menantikan kehadiran syawal dan pasti ada juga yang rasa sedan untuk meninggalkan bulan ramadan.

Walau bagaimanapun perasaannya, kita sebagai umat islam perlulah bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai bulan ramadan yang mulia ini serta bersyukur dapat menyambut bulan syawal yang akan dirai tidak lama lagi.

Sehubungan dengan itu, minggu ini pastinya bakal membuatkan semua umat islam sibuk untuk menyediakan segala persiapan daripada baju, makanan serta perhiasan rumah bagi meraikan hari raya aidilfitri yang dinanti-nanti.

Ada yang hanya beraya di kota, ada yang memilih untuk beraya dengan bercuti ke luar negara bersama keluarga dan ada juga yang akan pulang ke kampung halaman untuk menyambutnya dengan ayah dan ibu serta sanak saudara.

Namun perlu diingatkan juga, anda perlulah bijak merancang perjalanan anda. Ini kerana, di musim perayaan ini, pastinya lebuhraya di sekitar Malaysia akan menjadi sibuk oleh kerana ramai orang yang kebanyakannya merantau di kota akan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Berikutan dengan itu, bagi sesiapa yang memilih untuk beraya di Negeri Sembilan, perlu diingatkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan Lalu-Lintas Daerah Kuala Pilah akan melaksanakan Pelan Pengurusan Lalu Lintas yang merangkumi beberapa strategi inisiatif pengurusan lalu lintas yang bakal dilaksanakan bermuda dari 1 Jun 2019 hingga 9 Jun 2019.

Untuk makluman lanjut, ikuti kenyataan media yang dikongsikan Jawatankuasa Pengurusan Lalu-Lintas Daerah Kuala Pilah bagi mengetahui apakah jalan-jalan yang bakal terbabit dengan pelan yang telah disusun ini.

Gambar: FB Majlis Daerah Kuala Pilah
Gambar: FB Majlis Daerah Kuala Pilah
Gambar: FB Majlis Daerah Kuala Pilah

 

Sumber: FB Majlis Daerah Kuala Pilah

Aqmal Ezany

I write what is right