Siakap Keli

PDRM Sarankan Isi Borang Maklumat Balik Kampung Sebelum Tinggalkan Rumah Sempena Aidilfitri

Tidak dinafikan, sebelum balik ke kampung halaman mesti ramai yang ingin memastikan rumah mereka dalam keadaan yang selamat, namun masih ada gejala pecah rumah berlaku. Jangan bimbang, kali ini satu inisiatif terbaharu berpotensi membantu anda mengatasi masalah jenayah ini.

Semperna cuti perayaan ini, langkah yang terbaik dilakukan oleh Polis Diraja dengan memuatnaikkan satu borang keselamatan untuk memudahkan pihak polis membuat rondaan pemantauan dan rondan di kawasan perumahan anda.

Tujuan borang ini dikeluarkan ialah demi mencegah kegiatan jenayah semasa penduduk di kawasan perumahan meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung semasa cuti Hari Raya Aidilfitri.

Borang ini dinamakan sebagai Borang Maklumat Balik Kampung. Jika siap diisi dengan lengkap, hanya perlu diserahkan ke balai polis yang berhampiran dengan kawasan anda. Sila klik SINI utuk memuat turun borang tersebut

Sumber: Polis Diraja Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang