Siakap Keli
Gambar : Facebook

Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok

George Town : Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, sebuah kereta yang sedang melalui jalan itu turut dihempap pokok sama, namun pemandunya seorang lelaki berusia 58 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Jafri Md Zain berkata, penunggang motosikal berusia 65 tahun itu bagaimanapun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu kereta serta penunggang motosikal yang dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Bayan Baru dan semasa melalui jalan berkenaan sebatang pokok tumbang dan menghempap dua kenderaan tersebut,” katanya di sini.

Menurutnya, semasa kejadian itu motosikal ditunggang warga emas berkenaan berada di hadapan kereta yang turut dihempap pokok tersebut dan mangsa telah terjatuh manakala motosikalnya tercampak ke hadapan.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.