Siakap Keli

(Video)Selamat Berkenalan Dengan “Dirt”, Kucing Penjaga Keretapi Nevada Yang Hodoh Tapi Popular

‘Loneliest Road in America’, atau Nevada Northern Railway- peninggalan lama yang masih dipelihara sehingga kini yang membawa pelawat dan pengunjung dari seluruh dunia untuk menyaksikan beberapa ‘sejarah yang dapat disentuh’.

Namun, keretapi yang dibina pada tahun 1906 ini bukanlah satu-satunya tarikan pelancong untuk datang ke sana sebaliknya untuk berjumpa dengan maskot hidup Nevada, iaitu Dirt Cat Railway.

Dirt, kucing yang hidup dan tinggal di laluan keretapi Nevada menjadi terkenal di internet dengan gambaran keadaan dirinya yang comot dan kotor seolah-olah dia bekerja sepanjang hari dengan bulu diliputi debu arang batu.

Eric Mencis, Pengurus Perkhidmatan Tetamu dan Pengarah Media Sosial Keretapi Nevada menjelaskan Dirt menjadi salah seorang kakitangan keretapi Nevada, dan ia akan berjalan tenang di di tengah kumpulan pelawat dan membiarkan badanya diusap. Dia seolah-olah rasa bangga dengan keadaanya dirinya yang kotor, duduk dengan diam dan membiarkan orang ramai mengambil gambarnya.

Dirt sering kelihatan berhampiran dengan rumah enjin East Ely Railroad kerana dia dilahirkan di sana 11 tahun yang lalu. Ibu Dirt, pada ketika itu, membawa Dirt ke bawah salah satu keretapi yang dibina pada tahu 1907 dan terus hidup diam di bawah tempat persembunyianya. Ibu Dirt yang penakut tidak pernah keluar untuk berjumpa dengan manusia lain membuatkan para kru tinggalkan sebekas tuna di atas kerusi setiap malam hinggalah Dirt membesar dan menjadi salah satu kru dan penjaga di keretapi Nevada.

Dirt membesar dengan tabiat suka berguling di lantai kotor rumah enjin dan sering memanjat seluruh pelosok arang batu di keretapi berkuasa stim membuatkan semua kru memberikan nama ‘Dirt’ yang membawa maksud kotor.

“Warna asal Dirt ialah oren dan putih tapi semua tak percaya. Orang lebih menyangka bulunya berwarna kelabu” jelas salah satu kru di sana. Dirt sendiri tidak pernah menjilat bulunya sendiri. Dirt juga sering dilihat berguling di lantai berminyak dan membuatkan dia menjadi semakin comot dan kotor.

Dirt dianggap kru disana kerana dia mempunyai ciri-ciri yang sangat sesuai dengan jawatan itu.

“Bekerja berdekatan dengan keretapi adalah pekerjaan ke-2 paling berbahaya di dunia. Perlombongan adalah pekerjaan pertama paling berbahayadan kami disini adalah sebuah keretapi perlombongan tembaga menjadikan ia adalah sukar. Pada 100 tahun yang lalu, keretapi disini memindahkan jutaan tan batuserta membuat tembaga untuk aliran elektrik dunia”

“Anda lihat gambar-gambar disana, perasaanya suasana dahulu adalah sama seperti kami melihat ke arah mata Dirt”

“Kami melihat Dirt berharga sama seperti nilai keretapi ini namun ia hidup sebagai kucing. Dirt berjalan seluruh tempat setiap hari sama seperti seorang ketua yang memastikan semua berjalan dengan lancar. Seorang ketua yang bermula dari bawah dan tahu betapa dia perlu bekerja keras untuk hidup pada esok hari”

“Dia berjalan dengan bangga di seluruh tempat keretapi sama seperti kami semua menjaga tempat ini. Dirt akan memanjat dan berjalan untuk melihat dan memeriksa keadaan sekeliling sehinggalah bila Dirt lalu ke kawasan kami, kami akan memeriksa semula apa-apa sahaja yang sentuh oleh Dirt”

Pengunjung yang datang semuanya tertarik dengan suasana sekitar dan sejarah keretapi Nevada ini namun apabila Dirt lalu sahaja semua pengunjung akan memandang dan mencuri segala perhatian. Ia sama seperti seorang selebriti. Dirt jug rajin untuk ikut bersama kumpulaan pelawat menjadikan kumpulan itu semakin meriah.

“Dirt memerintah rumah enjin sendirian walaupun dia pernah mempunyai beberapa ekor anak. Namun, anak-anak Dirt semuanya dibawa ke rumah kru atau sesiapa sahaja yang mahukan kucing. Salah satu anak Dirt pernah tinggal di bawah tempat dimana Dirt pernah tinggal namun kurang dari 7 tahun ada, pengunjung yang bawa balik ke rumah mereka. Kami membenarkan kerana itu adalah yang terbaik buat anak-anak Dirt”

Dirt semakin popular sejak keretapi Nevada menggunakan media sosial untuk menarik lebih ramai pengunjung. Keretapi yang terletak Ely, Nevada, sebuah bandar sejauh 200 batu dari segala arah membuatkan ianya sukar menerima pengunjung.

“Namun, sejak saya memulakan tugas disini lebih kurang 3 tahun lepas, kami mula menggunakan media sosial untuk berkongsi muzium di sini. Dengan tak sengaja, populariti yang diterima oleh Dirt, dia secara tiba-tiba menjadi sebutan warga internet dan kami mula memuat naik gambar Dirt untuk tatapan peminatnya”

Dirt mula menjadi popular apabila salah seorang sukarelawan di sana merupakan jurugambar profesional bernama Steve Crise yang seolah-olah menunjukan Dirt kotor kerana dia sedang bekerja di keretapi Nevada.

Dirt juga akan bergambar bersama kru keretapi Nevada dengan gaya seolah-olah “kita harus menyelesaikan perkara ini, kalau tidak boleh diselesaikan, kamu akan dipecat. Jadi, mula bekerja sekarang”

“Kami seronok Dirt menjadi salah seorang kru kami dan memperkenalkan keretapi Nevada ini kepada umum. Kami pernah menerima salah seorang pengunjung yang datang melawat ke sini semata-mata untuk berjumpa dengan Dirt. Ia sangat menyeronokan”

“Disebabkan populariti Dirt merangkumi pencinta haiwan di seluruh dunia, kami menyediakan baju t-shirt, magnet comel, keychain, mug, dan juga kopi buatan kami yang semuanya mempunyai gambar Dirt untuk sesiapa sahaja yang mahukan ia. Kami menjual secara online, jadi sesiapa boleh memilikinya walaupun tidak pernah ke mari”

Ely Nevada, yang mempunyai populasi 4,000 orang penduduk sahaja dan juga beberapa muzium sejarah dengan 30,000 pelawat setiap tahun. Ada pengunjung “hardcore fan” kepada Dirt akan memandu sejauh 200 batu semata-mata untuk berjumpa dengan Dirt. Ada juga yang datang dengan keretapi semata-mata untuk berjumpa dengan Dirt.

Disebabkan populariti Dirt juga, pihak pengurus atasan keretapi Nevada menganjurkan pertandingan suka-suka iaitu “Dirt the Cat Photo Contest” yang akan dilakukan pada bulan Februari setiap tahun.

Sebagai hadiah kepada sesiapa yang mengambil gambar terbaik Dirt, kami akan menghadiahkan cawan kopi berwajah Dirt dan kopi Dirt. Pihak pengurusan juga menerima gambar-gambar hebat dan akan berkongsi juga untuk para peminat Dirt diseluruh dunia.

Dibawah ini kami sisipkan beberapa keping gambar comel Dirt…

“Jika sesiapa yang datang ketika Dirt sedang tidur, pengunjung diminta datang keesokkanya. Kami tidak akan membangunkan Dirt kerana ‘The King deserves his beauty sleep’

Muzium Keretapi Utara Nevada adalah mercu tanda bersejarah negara. Sebuah keretapi perlombongan tembaga yang dibina pada awal tahun 1900-an dan ditinggalkan 100 tahun lalu, dengan semuanya masih kekal sehingga sekarang.

Pihak pengurusan tidak mengubah apa-apa yang berada di dalam muzium ini untuk mengekalkan sejarah seakan-akan ia masih berfungsi sehingga kini. Apabila ada yang melihat gambar Dirt berlatar belakangkan rumah enjin dan jentera, ia menaikkan nilai gambar tersebut. Dirt seolah-olah bercerita melalui gambr bahawa dia akan sentiasa berdedikasi untuk bekerja dan menjaga keretapi sama seperti ia dijaga 100  tahun yang lalu.

Bagi sesiapa yang ingin melihat cara kerja Dirt, boleh lihat di facebook milik Keretapi Nevada

Sumber: Bored Panda

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia