Siakap Keli

Ayah Tak Nak Tinggal Dengan Kami Sebab Masih Rindukan Mak, Kubur Mak Tak Pernah Bersepah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kesakitan kehilangan orang tersayang amat pedih. Mana taknya, yang selalu ada di sisi, dihati dan sentiasa ada untuk menemani jiwa setiap hari, kini sudah tiada. Kita akan rasa satu dentuman halilintar yang memecah gunung-ganang, iaitu sakit yang tidak terhingga.

Siapa yang tak sayang isteri. Sudah berpuluh-puluh tahun hidup bersama, hadapi suka duka bersama, mesti akan terkesan jika salah seorang kembali pada Sang Pencipta.

Namun begitu, harus dilihat bahawa sebenarnya kenangan dengan mereka itulah yang akan menjai sumber kekuatan. Ingatan bersamanya yang mampu membuat kita meneruskan hidup di samping tidak lupa untuk mendoakannya  dia, kerana dia ada dalam jalur masa hidup kita nan indah dulu.

Begitulah yang digambarkan dengan kisah seorang Pakcik Jasmi yang tidak jemu menziarahi kubur isterinya hampir setiap hari untuk melepas rindu di hati. Perkongsian ini dimuat naik oleh salah seorang anaknya di laman Facebook, Atam Ayue.

Sejak isterinya meninggal dunia pada 25 Februari lalu, beliau mengambil anak angkat seramai 3 orang untuk tinggal bersamanya.

Abah dengan mak sudah berkahwin selama 43 tahun. Selama membesarkan kami mak terlalu banyak lalui pahit liku susah senang. Kadang dihina di caci itu biasa. Tapi mak tetap tidak meninggalkan abah walau setapak sebab itu mak layak untuk bahagia walau sudah tiada.

Memang selepas mak pergi abah memilih takmau tinggalkan rumah walau puas di ajak tinggal bersama anak-anak, katanya masih rindu. Dari awal kami minta untuk Abah cari pengganti, sebab kami tahu fitrah seorang lelaki mahu kan pasangan, abah memilih untuk berdiam, katanya terlalu awal lagi, jelas salah seorang anak perempuannya, Eradiah Jasmi.

“Hidup mak hanya dengan Al-Quran. Memang layak abah menyanyangi mak. Dan semua orang sayangkan mak”

Bukti kasih dan sayang, bukti nyata, realiti depan mata. Bukti cinta dia. Lepas 40hari mak pergi menemui yang Maha Esa, kami pesan tak perlu dah p hari hari abah sebab nanti dah macam meratapi.macam tak redho mak pergi,  dia turut, tapi 2 hari sekali dia akan pergi sekali.

Sebelum tu selama 40hari dia akan pergi 2kali sehari. Lepas subuh dan lepas asar, tapi lepas 40hari dia pergi lepas subuh atau asar je.

Kadang bawak cucu teman.. kadang sendirian

Harini dia bawak anak anak angkat dia budak budak tahfiz temani dia bersihkan kubur arwah isteri tercinta

Begitulah keadaan kubur mak dari hari ke hari.. tak pernah semak..bersih..mak suka kan kebersihan,kekemasan,kecantikan.

Abah jaga macamana yang cinta hati dia suka.

Allahu Allah..rahmatilah abah kami.. suami yang hebat buat isterinya. Susah senang pahit maung ditempuhi hingga hujung nyawa si isteri.

Semoga Allah menjaga abah kami sebaik baik jagaannya.

Hari raya pertama genap 100hari mak kami pergi ke negara abadi..semoga mak diletakkan di sisi para solehin.

Bukan sebab mak dah tiada abah sebegitu. Abah memang layan mak 100% sempurna, tidak pernah bagi mak buat kerja berat, membasuh, jemur dan lipat kain, kadang memasak pun abah buatkan. Sebab itu menantu-menantu mak abah layan anak depa begitu, kasih sayang yang ditunjukkan dipraktis oleh anak menantu.

Mulianya hati pakcik ini. Ramai yang terharu dengan tindakan beliau. Sesungguhnya setia itu wujud, cuma cara untuk kita terapkan itu sahaja perlu kuat dan perlu kasih dan sayang yang lebih. Semoga Allahyarhamah Puan Zamzuriah tenang di Sana bersama orang yang beriman.

Sumber: Erdiah Jasmi , Atam Ayue