Siakap Keli
Gambar: Facebook

“Beli Kereta Dapat Tuannya Sekali” Wanita Ini Punya Cara Tersendiri Tarik Pembeli Kereta Miliknya

Ingat tak bila kali terakhir anda membeli kereta? Apa yang anda dapat secara percuma? Ada yang menawarkan payung secara percuma, steering lock, karpet kereta dan sebagainya.

Namun, lain pula ceritanya jika anda membeli kereta jenis Nissan Grand Livina milik seorang wanita cantik dari Indonesia yang menggunakan nama Chaecha di Facebook ini.

Beliau yang berumur 25 tahun menawarkan dirinya sebagai hadiah bagi sesiapa yang membeli kereta miliknya itu. Ya, beliau benar-benar mahu serius dalam perkara itu.

Foto: Facebook

Akan tetapi, tawaran itu hanya terhad kepada lelaki bujang berumur antara 30-35 tahun dan yang benar-benar sedang mencari pasangan hidup sahaja.

Menurut sumber, Chaecha atau nama sebenarnya, Eka Maryah bercadang untung menjual kereta keluaran tahun 2012 itu dengan harga Rp260 juta(~RM76,120), lebih mahal dari harga pasaran iaitu sekitar Rp115 juta(~RM33,670) atas alasan ia disertai dengan dirinya sekali.

Beliau berkata, sehari selepas iklan itu dimuatnaik, beliau sudah dihubungi oleh ratusan lelaki yang minat untuk menjadi pembeli dari seluruh Indonesia.

Ketika ditanya mengenai calon suami pilihannya, Cheacha memberitahu yang beliau mahukan seorang lelaki yang berusia lebih 30 tahun, sudah bekerja dan bertanggungjawab.

Sumber: Tribun JatengĀ 

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi