Siakap Keli
Gambar Hiasan

Dah Dekat Nak Raya Ni , 7 Perkara Yang Ibu Bapa Wajib Pesan Pada Anak Sebelum Pergi Beraya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kehadiran Aidilfitri tidak lama lagi, kira-kira kurang dari seminggu sahaja lagi yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam.  Beraya dengan anak-anak boleh jadi cabaran terbesar jika kita tidak melakukan persediaan yang cukup untuk pergi beraya.

Pastinya anak-anak paling seronok bila sebut pasal hendak pergi raya. Mana taknya, pergi beraya ke rumah sanak saudara bererti akan mendapat duit raya. Namun, ada beberapa perkara yang ibu bapa perlu ambil tahu.

Ibu bapa wajib pesan 7 perkara ini kepada anak sebelum pergi beraya nanti. Dr Taufiq Razif kongsikan beberapa pesanan ini.

1. Jangan minta duit raya

Nak ziarah rumah boleh. Nak tawaf satu kampung pun boleh tapi bila masuk rumah orang, jangan sekali kali minta duit raya. Kita tak tahu keadaan ekonomi tuan rumah. Jadi, makan dan minum je kuih muih yang tuan rumah hidangkan tapi ajar anak kita untuk tak meminta minta duit raya

2. Jangan buka sampul duit raya depan tuan rumah

Membuka sampul duit raya di depan tuan rumah dan menyebut jumlah duit adalah perbuatan yang memalukan dan tak beradab pada tuan rumah. Ada orang mampu je nak bagi RM50 tapi ada orang, nak bagi 50 sen pun mereka terpaksa menyimpan sepanjang tahun.

3. Jangan intai rumah orang

Kalau dah ketuk 3 kali dan tak ada orang respon, baliklah. Itu adab bertamu. Bila ketuk rumah orang pula, jangan berdiri betul betul muka pintu, ajar anak untuk berdiri di tepi pintu supaya bila pintu tu dibuka kita tak terus nampak aurat ahli keluarga tuan rumah tu.

4. Jangan masuk ke bilik tidur orang tanpa izin

Bagitahu anak kita bahawa bilik tidur adalah tempat paling privasi bagi tuan rumah. Nak solat atau nak ke tandas sekalipun, kena minta izin dulu.

5. Jangan buka peti ais rumah orang

Ada orang mengadu kat saya haritu katanya ada anak anak tetamu datang rumahnya, buka peti ais dan minta macam macam makanan kat dalam itu.  Sebagai tuan rumah, kita hargai dan muliakan tetamu tetapi sebagai tetamu, kena la hormat tuan rumah. Tak boleh biarkan anak kita sesuka hati meneroka rumah orang ni.

6. Jangan usik barang tuan rumah

Musim beraya ni la orang duk pakat ‘display’ perhiasan termahal mereka. Pesan kat anak anak kita jangan duk usik barang orang terutamanya yang berkaca. InsyaAllah anak kecil pun boleh faham kalau kita ingatkan berkali kali

7. Jaga kelakuan

Terutamanya anak kecil yang aktif dan suka berlari tu memang kita wajib pesan untuk beringat. Kalau anak tak boleh dikawal sangat, bawa anak keluar rumah supaya mereka boleh ‘channel’ energi mereka di luar tapi kalau kita sendiri tak yakin boleh kawal anak kita tu sebaiknya tak bertamu pun tak apa.

Bertamu tu sunat hukumnya tapi menjaga kelakuan anak daripada merosakkan barang orang itu wajib!

Sumber: Taufiq Razif 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang