Siakap Keli

“Mujur Allah Selamatkan Kami,” Motosikal Dirempuh Treler, 3 Beranak Tercampak Atas Jalan Raya

Rasa seperti baru sahaja bangun sahur untuk melaksanakan ibadah puasa pertama, sedar tak sedar sudah 27 hari umat islam menunaikan rukun Islam ke-3 itu. Terasa begitu pantas masa berlalu. Namun dalam kesyukuran dan keseronokan untuk menyambut lebaran, kita tak sedar bahawa ada insan yang sedang berduka.

Semalam heboh diperkatakan tentang satu kejadian yang berlaku di Pelabuhan Klang. Tiga beranak termasuk bayi yang baru berusia 10 tercampak di atas jalan raya setelah motosikal yang mereka naiki dirempuh dari belakang oleh sebuah treler. Dikatakan bahawa perlanggaran itu berlaku kerana pemandu treler berkenaan hendak menukar lorong ke sebelah kiri.

Gambar : Wan Emilia Eliyshah

Terbaru, mangsa kejadian terbabit, Wan Emilia Eliyshah telah menulis hantaran di laman Facebooknya tentang insiden yang menimpa diri serta keluarganya itu.

Jumaat terakhir buat kami sekeluarga 3 beranak.

Kenangan tak kan pernah dilupakan, mujur Allah selamatkan kami dan berikan kami berpeluang untuk bernafas didunia ini. mana yang dm pm whstapp call maaf tak dan nak membalas dan menjawab. tapi kami ucap berjuta ribuan berterima kasih dekat korang yang mendoakan kami 3 beranak ni. kami 3 beranak alhamdllah okay.

Gambar : Wan Emilia Eliyshah

Tak ada patah ke apa ke. semua okay cuma kulit kami habis diseret atas jalan.

buat anak ku, ibu ayah mintak maaf sebab tak pakaikan awak helmet . sebab tak ada saiz awak. ibu ayah mana tak nak buat yang terbaik untuk anak sendiri . syukur Allah lindungi kita dan berikan kita kesakitan sama 3 beranak.

Gambar : Wan Emilia Eliyshah

Walaupun tahu anak lebih kesian semua dia bahagian muka. suami separuh badan . saya ibunya kaki tangan dan bahagian belakang. sakit tu tuhan saja tahu. tapi tak boleh nak terkata kalau sakit kehilangan orang tersayang. lagi nak raya ni. hmmm memang sedih tapi aku bersyukur sangat Pada Allah .

Gambar : Wan Emilia Eliyshah

Mungkin lepas ni kami akan saling memahami antara satu sama lagi, hargai antara satu sama lain dan menjadi keluarga yang Allah suka . sentiasa mendoakan baik baik semua keluarga pasangan dan semuanya,esok insyAllah dah boleh keluar hospital . doakan kami baik baik saja.

Allah saja membalas jaga baik korang dan buat driver kontena tu. kami sekeluarga dah lama maafkan kamu.

Mungkin memang benar tak nampk kami yang berada dibawah. benda nak jadi dan memang dah terjadi . kuasa ALLAH dan rancangan ALLAH memang tak semua boleh lawan dan tak semua mintak benda macam ni belaku. semoga kamu lepas ni lebih berhati hati bawak kontena tu.

Sebab kamu pun sedang mencari rezeki buat ahli keluarga kamu kan? bukan mintak menjadi pembunuh kan? benda memang tak boleh nak buat apa. harap kamu lepas ni lebih baik. terima kasih juga buat pakcik 2 orang yang bawak saya dan anak ke hospital . semoga Allah membalas kebaikkan kamu.

Sumber : Wan Emiliyah Ellisyah

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.