Dua minggu ini hangat diperkatakan tentang isu kenaikan caj elektrik di media sosial. Rungutan dan aduan dibuat oleh pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan dakwaan bahawa bil elektrik yang dikenakan kepada mereka meningkat walaupun tahap penggunaan sama seperti bulan sebelumnya.
Malah ada antara mereka yang kurang berpuas hati mengenai isu ini telah membuat bantahan melalui petisyen supaya pihak kerajaan lebih cakna dan memantau caj elektrik ini. Bahkan ada pihak yang berspekulasi bahawa penggunaan meter pintarlah yang menjadi punca utama kepada kenaikan tersebut.

Projek perintis pemasangan meter pintar ini sebenarnya dimulakan di Putrajaya dan Melaka pada 2014. Tenaga Nasional Berhad (TNB) melaksanakan progam yang merupakan sebahagian daripada pelaburan besar syarikat utiliti negara ini ke arah `Grid Masa Hadapan’. Projek ini dijangka mencapai kira-kira sembilan juta pengguna di Semenanjung Malaysia menjelang 2021.
Sehingga kini, mungkin masih ramai yang tidak tau akan kebaikan penggunaan meter ini. Ia merupakan peranti elektronik yang merekodkan penggunaan tenaga elektrikdalam jarak masa sejam atau kurang.
Antara kelebihan meter pintar adalah:
[1] Bacaan meter elektrik lebih tepat.
[2] Menggalakkan penjimatan tenaga yang mampu mengurangkan bil elektrik
[3[ Perekodan bil elektrik dibuat secara berpusat
[4] Dapat memantau corak dan gangguan bekalan elektrik
[5] Pelanggan boleh mengakses mahlumat mengikut masa sebenar penggunaan elektrik
Sumber Infografik : Bernama