Siakap Keli
Gambar : Bernama

Aliran Trafik Lancar Di Beberapa Lebuh Raya Utama Petang Ini

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar dan terkawal setakat 5.30 petang ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, meskipun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya, aliran trafik menuju ke utara dan selatan masih lancar.

“Trafik bergerak perlahan dari Slim River ke Sungkai, manakala dari Sungai Perak menuju ke Terowong Menora berlaku kesesakan, akibat kemalangan melibatkan sebuah kereta yang terbabas ke dalam longkang di kilometer 259.7 arah utara.

“Bagaimanapun kemalangan tersebut telah selesai dan kenderaan terkawal,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilapor lancar setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Sumber : BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.