Siakap Keli

Lelaki Ini Hasilkan Belon Berbentuk Haiwan Yang Paling ‘Rare’ Dan Menakjubkan

Terkenang suatu masa dahulu ‘Fun Fair’ yang sangat popular pada tahun 90 an adalah satu festival yang menyeronokkan oleh para kanak-kanak pada zaman itu. Setiap kali adanya festival seperti itu, pastinya tidak akan terlepas untuk melihat badut memintal-mintal belon panjang dan menjadikannya pelbagai jenis dan bentuk.

Seperti kisah seorang artis Masayoshi Matsumoto telah menghasilkan satu siri kreatif olaham daripada belon-belon menjadi bentuk haiwan dan tumbuhan yang ‘rare’. Beliau yang asal daripada negara Jepun ini mempunyai satu teknik yang luar biasa menghasilkan belon ini dalam pelbagai bentuk.

Bentuk-bentuk yang dihasilkan sangat bersifat realistik.

Berkecimpung sejak 7 tahun lalu,  berinspirasikan daripada gambar-gambar hidupan liar, beliau mencabar dirinya untuk menghasilkan sesuatu yang berlainan, katanya yang berusia 29 tahun dari Wilayah Chiba, Jepun itu.

Menurutnyalagi, selepas menghabiskan masa sehingga enam jam bekerja pada sebuah pejabat di daerah Jepun, ia hanya mengambil beberapa foto untuk rujukan dan kemudian muncul menghasilkan belon dengan sekelip mata.

 

https://www.instagram.com/p/BxpZd0anDOv/

Sumber: Odditycentral

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang