Siakap Keli
Gambar Giehan Mansor

Mesin Panggang Ayam Golek Didakwa Dibakar, Peniaga Kesal Bulan Ramadan Pun Ada Yang Dengki

Alangkah terujanya kita menanti hari pertama Syawal yang bakal menjelma. Terasa pantas sekali masa berlalu, dalam tak sedar hanya tinggal 2 hari sahaja lagi untuk bulan mulia ini pergi meninggalkan kita. Seperti kebiasaan, walaupun ketika Ramadhan hampir sampai ke penghujungnya, bazar-bazar yang menjual makanan masih tetap meriah dengan kehadiran ramai pengunjung yang mahu mencari juadah berbuka.

Malah para peniaga masih tetap setia menyediakan juadah yang enak buat pelanggan. Bak kata orang sambil berniaga, sambil bersedekah dan beramal. Namun dalam mereka berusaha kuat untuk mencari rezeki Ramadhan, ternyata mereka tidak terlepas dari menerima ujian.

Dengan baki lagi beberapa hari sebelum raya, sebuah gerai yang menjual ayam panggang tak dapat membuka jualannya.

Perkara itu mula tular petang semalam apabila pengusaha gerai terbabit telah memuat naik gambar mesin goleknya yang sudah terbakar di sebuah group di laman Facebook. Dalam hantaran tersebut tertulis bahawa:

Harap maaf semua pengemar Ayam Golek The Panggang. Hari ni kami terpaksa tutup diatas perkara2 yang tak dpt dielakkan. Mesin golek kami kena bakar malam tadi. Alhamdulillah. nasib baik tak rentung. sebab org keliling yang sangat baik hati tolong padamkan api semalam. Moga-moga si pelaku diberi kesedaran sebelum terlambat. Bulan baik ni. kenapa nak dengki. Tak per. kami maafkan awak. Moga-moga kami dimurahkan rezeki lepas ni.

Gambar : Giehan Mansor
Gambar : Giehan Mansor

Menurut Giehan Mansor sewaktu dihungi Siakap Keli, beliau menyatakan bahawa ini merupakan tahun ketiga suaminya berniaga di situ. Pada kebiasaannya suaminya itu dibantu oleh beberapa orang pekerja dan pada hari kejadian cuaca hujan lebat dan menyebabkan mesin pemanggang itu basah.

Malah mereka sudah pastikan bahawa bara api (pemanggang) dipadamkan dengan air. Tambah Giehan lagi:

Kami siap kemas kan stall lepas berniaga dalam pukol 8 malam gitu. Kebakarannya sekitar jam 10mlm.

Itu yang d ceritakan penyelamat yang memadam kebakaran tersebut. Jadi sempat lah selamatkan kanopi dan mesin ayam golek tu.. meja pulak habis tinggal kaki jer.. die padamkan pakai pemadam api..

Kalau nak kata kami tinggalkan bara api dalam mesin golek tu. Itu sangat2 mustahil. Setiap kali lepas berniaga kami akan buang bara api. lagipun bara api biasanya takkan banyak yang tinggal. Tinggal pun yang cecoet tu jer pun. Kalau ikutkan logik la. Sebab dengan petang tu hujan lebat. kompom-kompom la dalam tu basahkan.

Lepastu pulak. meja kami letak atas mesin tu. nak kata jarak bara api dengan meja tu. rasanya 10 inci kot. so macam mane bara api yang cecoet tu konon2 nye ade tu boleh menjilat meja kami sampai tinggal kaki jer dalam masa 2 jam?

Gambar : Giehan Mansor

Peniaga2 ayam yang dah lama berniaga kompom die org pun tau kan yang bara api ni takkan boleh hanguskan meja dalam masa sesingkat tu.

Nak kuatkan lagi cerita.. sebelom ni kami pernah jer biar bara api tu dalam tu dan letak papan atas tu.. sampai pagi tak hangus pun.. eh bukan.. sampai petang.. sebab kami tau.. kami perniaga ayam golek ni tau macam mane nak handle bara api tu…

So sesiapa yang kata kami mereka2 cerita. kata ada saksi bagai. kenape mula2 tempat stall kami berasap die org tak tolong padam kan. rasa2 nya sebelom kebakaran api naik. asap dulu yang akan nampak. Manusia ni.. nak menjatuhkan org lain. Ramai jer. Takpe. kami redha setiap ujian yang d turunkan kepada kami. Moga2 kita semua di berkati dan dimurahkan rezeki.

Sumber : Giehan Mansor

fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.