Siakap Keli
Gambar: FB, The JOHORean

(Video) CEO Modenas Hadiahkan Motosikal Kepada Pemuda Pencinta Haiwan Ini

Sejak kebelakangan ini, banyak kes-kes penganiayaan terhadap haiwan sering timbul dan tular di media sosial. Daripada kucing, monyet, gajah dan banyak lagi.

Jika difikirkan balik, apakah yang menyebabkan si pelaku ini sampai hati untuk bertindak kejam terhadap haiwan yang langsung tidak berdosa ini.

Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran ini, seharusnya menggunakan akal tersebut dengan cara yang betul. Jika tidak, apakah beza kita sebagai manusia yang dicipta cukup sifat ini dengan haiwan yang tidak berakal? Apakah kita lebih teruk daripada haiwan yang tidak berakal?

Sungguhpun begitu, dalam isu-isu penganiayaan terhadap haiwan yang dilakukan manusia ini makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, ada juga insan mulia yang sanggup menghabiskan wang ringgit semata-mata untuk memberi makan kepada haiwan jalanan.

Beliau telah membuktikan bahawa sifat kemanusiaan yang ikhlas itu masih wujud lagi dalam manusia. Atas tindakannya yang dilihat sebagai mulia serta ikhlas memberi makan kepada haiwan jalanan tanpa meminta apa-apa balasan ini, beliau telah diberikan ganjaran hasil daripada sedekah yang dilakukannya ke atas haiwan jalanan yang tidak dijangkanya langsung.

Ikuti perkongsian yang dikongsi oleh Aman Shah Return berkenaan dengan kisah insan yang mulia ini.

“Tuah seorang lelaki yang sering beri makan pada kucing dan anjing terbiar sekitar Bukit Mertajam akhirnya, dapat kejutan dari CEO Modenas., dapat moto baru.”

Sejak kisahnya tular, (Ann) Anfalazie Anuar, 30 menerima banyak mesej dan panggilan untuk menawarkan bantuan selepas nombor telefonnya turut dikongsikan di media sosial.

Anak sulung daripada tiga beradik itu menjelaskan bahawa kebanyakan bantuan yang diterima dalam bentuk kewangan untuk digunakan bagi menampung perbelanjaan makanan kucing dan anjing.

Ann tidak pernah gentar semasa memberi makanan kepada anjing-anjing jalanan.

“Syukur, ramai yang tampil membantu. Apa yang saya paling gembira buat masa ini, saya dah langsai hutang-hutang beli makanan kucing dan anjing berjumlah lebih RM1,000.

“Kalau dulu, saya selalu pening kepala fikir macam mana nak uruskan upah dan gaji yang saya terima dengan perbelanjaan peribadi dengan nak beli makanan haiwan-haiwan tu lagi.

#Rezeki buat baik pada binatang..

Sumber: Aman Shah Return

Aqmal Ezany

I write what is right