Siakap Keli

Bengang Kena Kejut Solat Asar, Gadis Tikam Ayah Sehingga Maut

Polis menangkap seorang wanita yang bekerja sebagai pembantu doktor di sebuah hospital yang terletak di Kota Mataram, Indonesia kerana bertindak membunuh ayahnya.

Kejadian yang berlaku semalam kira-kira jam 4 petang ‘bermula’ apabila suspek terlalu bengang dengan mangsa yang mengejutnya untuk menunaikan solat Asar.

Menurut Ketua Polis daerah tersebut, suspek marah dengan tindakan ayah yang mengganggu tidurnya lantas mengambil pisau dan menikam dada, pinggang serta mata mangsa.

Dalam laporan tersebut, pihak polis memberitahu bahawa mangsa telah digegaskan ke hospital namun disahkan meninggalkan dunia sebelum sempat dirawat akibat mengalami kecederaan yang teruk.

Sehubungan itu, suspek telah ditahan dan dibawa ke balai polis bagi tindakan selanjutnya.

Sumber: Detik News

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.