Siakap Keli

“Bye Ayah…,” Sedih, Tak Faham Apa Berlaku, Anak Istimewa ‘Teman’ Jenazah Ayah Sampai Liang Lahad Ditutup

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kehilangan insan tersayang perit untuk diterima. Lebih membuatkan hati bertambah pilu, kehilangan tersebut dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi untuk menyambut kedatangan Syawal.

Seperti perkongsian oleh seorang individu, Athirah Hairudin, yang  ternyata menjentik emosi ramai netizen. Satu-satunya anak lelaki dalam keluarga mereka iaitu adiknya yang mengalami Sindrom Down tidak mengerti bahawa ayah mereka telah pergi.

Tugasanmu dah selesai di dunia ni.

Ayah dah lakukan yang terbaik untuk kami. Malam jumaat di bulan ramadhan. Sukar utk dipercayai tapi mudah untuk kami redhai. Rehatlah, heroku. Semoga kita bertemu di syurga. Al-fatihah buat ayah Hairudin bin Mohd Salleh (1964-2019).

Ayah pergi malam jumaat. Bulan ramadhan. Kami redha. Kami dah tak kuat nak tengok ayah menderita menanggung sakit. Rehatlah ayah.

”Bye ayah”

Satu satunya anak lelaki ayah. Sindrom down. Abang tak faham apa yag sedang berlaku. Dia cuma cakap “bye ayah” bila liang lahad ditutup.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih dan berkongsi pengalaman mereka mempunyai ahli keluarga istimewa.

Sedih dan tersentuh

Anak syurga yang dapat menolong keluarga

Saya pun ada adik sindrom down

Sebak baca

Sumber : athirahhairudin

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.