Siakap Keli
Gambar: Rimma.com & Merdeka

Darah Warna Merah, Tapi Kenapa Urat Warna Biru ? Ini Jawapan Yang Anda Tak Tahu

Amalan menderma darah merupakan amalan yang terpuji. Perkara ini adalah kerana darah yang didermakan dapat menyelamatkan nyawa orang lain. Namun, ketika proses menderma darah, sedarkah kita bahawa urat pada tubuh badan kita bukannya berwarna merah, sebaliknya biru dan hijau?

Apabila diperhatikan, ketika jarum dicucuk pada urat yang berwarna biru, darah yang dikeluarkan tetap berwarna merah seperti yang sedia maklum kita ketahui.

Benar, darah sememangnya berwarna merah. Pembuluh darah di dalam tubuh kita juga tidak berwarna biru. Apa yang menarik ialah darah berwarna merah itu sendiri yang menyebabkan urat kita kelihatan berwarna biru atau hijau.

Gambar: rimma.co

Urat yang kelihatan berwarna biru adalah disebabkan oleh lapisan kulit dan lemak yang terdapat di tubuh badan kita terutamanya lengan.

Perkara ini adalah kerana cahaya dari urat perlu melalui lapisan kulit dan lemak sebelum dapat dilihat oleh manusia. Disebabkan kedua-dua warna (biru dan merah) tersebut mempunyai panjang gelombang yang berbeza, maka warna-warna tersebut menembusi kulit dengan cahaya yang berbeza.

Gambar: Krissmerah.com

Secara ringkasnya, darah sememangnya berwarna merah dan urat kelihatan berwarna biru adalah menerusi pantulan cahaya dari kulit dan lemak yang terdapat dalam tubuh manusia.

Sumber: West Texas A&M University

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa