Siakap Keli
Foto: The Independent

Gambar Yang Cukup Indah, Masjidil Haram Dipenuhi Ribuan Umat Islam Pada Hari-Hari Terakhir Ramadan

Hari ini sudah masuk hari ke-29 kita berpuasa dan mungkin lusa atau paling awal esok, kita akan menyambut hari kemenangan atau perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Di saat sebahagian besar dari kita sedang sibuk menyempurnakan persiapan akhir bagi menyambut perayaan itu, ribuan saudara Muslim kita kini sedang berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah.

Suasana menakjubkan di sana telah dirakamkan dalam bentuk gambar dan dikongsikan oleh di Internet baru-baru ini.

Foto: AFP/The Independent
Foto: AFP/The Independent

Keadaan sebegini telah berlaku awal Ramadan lagi, namun umat Islam semakin ramai membanjiri kawasan sekitar Kaabah untuk mempertingkatkan amalan mereka menjelang tamatnya bulan Ramadan bagi tahun ini.

Malah, seorang pengguna di Twitter, @khalids juga ada berkongsikan suasana di sana pada hari ke-27 Ramadan atau dua hari yang lepas melalui satu kiriman baru-baru ini.

Umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh dua hari mendatang dan kita di Malaysia dijangka akan menyambutnya pada lusa, 5 Jun(Rabu). Namun, pengumuman mengenai tarikh rasmi Hari Raya Aidilfitri hanya akan diumumkan pada malam ini. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: The Independent, Twitter Khalid (Official)

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi