Siakap Keli

Kenapa Semut Beratur Dan ‘Bersalaman’ Antara Satu Sama Lain? Ini Sebabnya

Pasti anda pernah tertanya-tanya suatu ketika dahulu, kenapa makhluk halus bernama semut ni sentiasa beratur? Dan, kenapa jika mereka bertembung, mereka akan ‘bersalaman’? Bagus betul makhluk ni ya.

Serangga yang terkenal dengan kerajinan dan disiplin ini hidup dalam koloni tersendiri. Setiap koloni boleh dibezakan dengan bau bahan kimia yang dihasilkan oleh badan mereka, membuatkan mereka mampu mengenalpasti mana satu ahli koloni dan mana satu semut pendatang.

Ketika seekor semut menjumpai sumber makanan dan mula mengangkut makanan ke tempat tinggalnya, ia akan membebaskan bahan kimia dipanggil pheromone. Bahan ini akan menandai kawasan yang dilalui oleh sang semut hingga ke koloni.

Apabila tiba di koloni, semut lain akan mengikuti bau bahan tersebut hingga ke sumber makanan dan akan meninggalkan kesan yang sama sebagai panduan kepada semut-semut yang seterusnya.

Proses ‘bersalaman’ dengan melagakan sesungut pula merupakan proses mengenalpasti identiti sesama mereka. Jika semut yang ditemui itu dikesan mempunyai bau yang berbeza, ia akan dianggap sebagai pendatang dan akan dihalau atau dibunuh.

Sumber: It’s Aumsum Time

Arifah

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.