Siakap Keli

Rakam Pesalah Trafik Salah Guna Lorong, Ikut Rapat Dan Potong Barisan – JPJ

Pengguna jalan raya kini boleh membuat aduan secara atas talian dan segera hanya melalui aplikasi WhatsApp.

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan melalui Facebook rasmi mereka menyarankan pengguna yang ingin membuat aduan untuk memberikan maklumat pesalah dengan lebih terperinci.

Seperti yang admin janjikan tadi.

Bagi korang yang menyaksikan kesalahan kesalahan trafik, korang boleh menyalurkan aduan berserta maklumat ke alamat emel aduan trafik JPJ di [email protected]

Tiga kesalahan trafik yang korang boleh adukan di aduan trafik JPJ ialah:

  •  Menyalah Guna Lorong Kecemasan
  •  Mengekori Terlalu Rapat
  •  Memotong Barisan

Korang hendaklah menyertakan gambar-gambar kesalahan yang dilakukan sebagai bukti serta beberapa butiran maklumat seperti tarikh, masa, nombor pendaftaran kenderaan dan jenis kesalahan.

Selepas aduan diterima, JPJ akan menjalankan siasatan dengan mengeluarkan Notis 114 iaitu notis temusiasat pada pemilik kenderaan untuk memberikan keterangan lanjut berhubung dengan kesalahan yang dilakukan.

Sekiranya didapati bersalah, Notis P22 iaitu notis saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.

Ni admin kongsi contoh email aduan kesalahan ‘Potong Q’(menyalah guna lorong kecemasan/ memotong barisan) dan jawapan balas dari pihak JPJ.

No photo description available.

Korang yang tak tahu nak olah ayat, boleh je tiru macam ni. Sama-sama bantras kesalahan trafik. Sama-sama balik raya.

Orang ramai dan pengguna jalan raya yang berhasrat membuat aduan boleh berbuat demikian melalui aplikasi WhatsApp di talian 013-449 8997 atau e-mel di [email protected]

Bilik Kawalan JPJ di setiap negeri dan ibu pejabat beroperasi 24 jam bagi memantau perjalanan penguatkuasaan yang dijalankan dan menerima aduan orang ramai.

#PrihatinPDRMJohor #AduanTrafikJPJ #JPJ #MenyalahGunaLorongKecemasan #MengekoriTerlaluRapat #MemotongBarisan

Sumber: Aduan Trafik JPJ

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Editor: Nur Farra

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di