Siakap Keli

Rasmi: Kita Sambut Raya Rabu Ini, 5 Jun 2019

Rakyat Malaysia yang beragama Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, 5 Jun ini.

Khabar gembira itu disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi dalam siaran televisyen tempatan.

Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Rabu, 5 Jun 2019,” katanya.

 

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....