Siakap Keli

Kejam, Bapa Jadikan Isteri, Bekas Isteri, Anak Dan Anjing Hamba Seks Dipenjara 341 Tahun

Setiap perbuatan yang menyalahi undang-undang semestinya akan menerima hukuman yang setimpal. Lagi berat sesuatu kesalahan itu, maka akan lebih beratlah hukuman yang akan diterima oleh seseorang pesalah. Hukuman yang diberikan agar pesalah sedar akan salahnya sendiri dan juga menjadikan pengajaran kepada orang lain.

Baru-baru ini, dilaporkan seorang lelaki telah dijatuhkan hukuman penjara selama 341 tahun. Hukuman itu dijatuhkan kerana lelaki tersebut disabit dengan kesalahan mengadakan hubungan seks secara paksa melibatkan beberapa individu dan haiwan.

Lelaki tersebut dipenjara selepas perbuatannya yang menjadikan ibu, ibu tiri, anak lelaki dan perempuan serta anjing peliharaannya sebagai hamba seks.

Perbuatan terkutuk tersebut berlaku sejak 12 tahun lalu dan berterusan sehingga suspek diberkas. Lelaki berumur 52 tahun itu turut memaksa anak dan ahli keluarga yang lain untuk merakam perbuatannya itu.

Disebalik perbuatannya itu, isteri dan bekas isterinya turut bersubahat dalam menjalankan perbuatan terkutuk. Oleh yang demikian, mereka telah diberikan hukuman mati pada perbicaraan yang dijalankan. Namun, setelah rayuan dibuat, mereka berdua dikurangkan hukuman kepada penjara seumur hidup bagi kesalahan bersubahat.

Sumber: Metro.co.uk

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa